bule anakna oreng phebien . ORANG BAWEAN DI MALAYSIA MASUK POLITIK - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » ORANG BAWEAN DI MALAYSIA MASUK POLITIK

ORANG BAWEAN DI MALAYSIA MASUK POLITIK

Written By Unknown on Sabtu, 1 Disember 2012 | 1:20 PG




ORANG BAWEAN DIMALAYSIA MASUK POLITIK



Tuesday, January 31, 2012


Walaupun baru kehilangan pemimpin UMNO Gombak iaitu Bendaharinya Allahyarham saudara Ramli Yeup yang banyak berjasa kepada parti dan masyarakat Gombak, jentera UMNO Gombak tetap meneruskan perjuangan dengan aktiviti kemasyarakatan.

Untuk kali ini telah diadakan Majlis Takaruf & Penyerahan Borang Keahlian UMNO Masyarakat Bawean di Kg Changkat telah diadakan pada 28 Jan 2012 lalu . Turut serta bagi menjayakan program ini ialah Haji Rahim Kamarudin selaku Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Gombak telah menerima 92 borang ahli baru UMNO dari Tn Hj Marwi bin Marhom, Ketua Masyarakat Bawean di Kampung Changkat dengan disaksikan oleh Tn Hj Abas, Pengerusi JKKKP Kg Changkat.

Sebelum itu Tn Hj Yuszahari Mohd Yusoff dan Sdra Ismail Ahmad telah memberikan ceramah isu-isu semasa kepada masyarakat Bawean di Kampung Changkat. Program ini diadakan di tengah-tengah kawasan perumahan penduduk Bawean di Kamping Changkat.

Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan Barisan Nasional Gombak dan penduduk Kg Changkat.








Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]