bule anakna oreng phebien . KJEE ATAU FAUZIAH ADALAH CAMPURAN JAWA DAN BAWEAN - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » KJEE ATAU FAUZIAH ADALAH CAMPURAN JAWA DAN BAWEAN

KJEE ATAU FAUZIAH ADALAH CAMPURAN JAWA DAN BAWEAN

Written By Unknown on Sabtu, 1 Disember 2012 | 12:26 PG


KJEE ATAU FAUZIAH ADALAH KETURUNAN ANAK JAWA DAN BAWEAN




Info dari: Fauziahsamad
Bertarikh:Tuesday, 25 january 2011

Ramai orang konfius dengan kjee. dia orang ingat kjee orang johor. dia orang kata muka kjee ada iras2 orang johor yang ada ala2 cina sikit. ya ker orang johor cam cina. mana ader orang johor cam cina. orang johor sama cam orang malaysia lain. semua cantik2.
Kjee orang Kuala lumpur. lahir kat Jalan Perkins, kampung baru, sekarang dah jadi jalan raja alang. masa kjee lahir, kampung baru adalah dibawah jajahan selangor. tapi lepas tu, jadi wilayah persekutuan. so kjee ni jadi anak kelahiran dua negeri lah. yang syoknya jadi anak dua negeri ni ialah masa lawan bola. negeri selangor, menang, kjeelah paling kuat sorak. KL menang, kjee pun kuat sorak. dan kalau KL lawan selangor, sapa menang, itu yg kjee pilih dan sorak.

mulalah merapu kan. maaflah,. kjee memang suka merapu. terkenal seantero malaya kemerapuanku. ehem ehem.

kjee punya family famous gak. ada tokeh satay dan ada penyanyi dan pelakon dan pengarah. penyanyi, pelakon dan pengarah tu bukan kjee tau. korang carilah sendiri. tapi pakcik kjee pernah menyanyi sampai keluar negara. korang yang muda mungkin tak kenal. Nama dia Zain Azman. Tapi dia dah arwah. kjee juga ada abang sulung yang jadi penyanyi, pengarah dan pelakon. selain itu ramai gak kaum kerabat kjee yg berjaya dalam bidang akademik dan jadi doktor falsafah, akauntan dan sebagainya. kjee doktor falsampah jer.

Kjee keturunan Jawa piau punya. mak, bapak dan datuk adalah Jawa tulen. cuma nenek iaitu ibu kepada arwah mak orang bawean (cara sebut boyan). jadi kjee actually taklah piau sangat jawa. Boja kot. hehehe.

Kjee tersangat bangga jadi orang jawa sebab orang kata orang jawa rajin. mungkin sebab darah jawa yang pekat mengalir dalam tubuh ni maka kjee bolelah dikatakan rajin dalam macam2 bab. rajin merapu, rajin membebel, rajin memasak dan yang penting rajin cari duit sebab nak hidup.

tapi anak dara kjee tak suka mengaku dirinya jawa. arwah bapak dia jugak jawa tapi dia kata dia melayu. sebab? masa kecik dia ingat jawa tu orang indon. so dia tak suka. bukan dia jer tak suka, kjee pun tak suka.

tapi kjee tetap jawa dulu kini dan selamanya. hah parti tu jugaklah yg kjee anggotai. yang dulu kini dan selamanya. nasib baik unclepali pun sama parti, kalau tidak, mana boleh duduk serumah kan.
Kjee ni anak yatim piatu tau. so kalau sesapa nak sedekah apa2 menjelang bulan ramadhan nanti, dipersilakan dengan segala hormat. i like. tapi bak kata wak hermantino, tangan yang memberi tu lebih baik daripada yang menerima, maka kjee pun sukalah sangat memberi. tapi kalau ada yang turut nak memberi, apa boleh buat. terima jer lah kan.

kjee tinggal kat kuala lumpur, dekat2 dengan zoo. tapi perangai kami sekeluarga sikit pun tak hampir dengan penghuni zoo. cuma kami suka ketawa kuat2 yang kekadang sampai tahap mengilai penghuni2 halus kat sekitar kawasan zoo tu. ramai tau. nanti entry lain kjee cerita pengalaman berdepan dengan 'cik han' itu. masa tengah solat lagi...kelas tak? kjee ni memang kelas...buat apapun kelas tapi high kelas ke low kelas ker belum lagi nak pasti.

yang bestnya pasal kjee ni (aduh apalah aku angkat diri aku), ialah kjee ni nampak jer besar cam gajah tapi hati kecik sangat2. penakut yarabbi. tengok iklan citer hantu kat tv pun sanggup tutup mata kalau tangan tak tercapai remote control. nak naik lrt pun kjee takut...bayangkan betapa dasyatnya kepenakutan aku ni!

tapi dalam takut2 ni, kjee baik hati. betul. kjee ni suka tolong orang...tak kisah kalau kul 4 pagi, jiran kejutkan suruh antar gi spital pun kjee sanggup bangun. tapi sedih ada satu kes, kita dah buat baik setengah maut ngan jiran, dia fitnah lak kita. aduh sedih. tapi bab sedih2 tak mainlah. kita nak orang tahu bab2 happy jer sebab bab sedih, korang pun ada citer sendiri kan.

oklah kot untuk entry kedua. tunggulah bila jari jemari ku nak tulis entry ketiga. korang baik ikut sebab kjee ada banyak story tau. pasal artis..jeng jeng jeng. pasal apa lagi hah. ala korang ikut jer. tak ikut rugi tau.






Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]