bule anakna oreng phebien . - Kuduk-Kuduk Channels
Home » »

Written By Unknown on Sabtu, 1 Disember 2012 | 1:33 PG



KASSIM SELAMAT & SWALLOWS PADA ZAMAN 60AN



the-swallows-1967.jpg

bertarikh: 29 Disember 2007



Apakah lagu berbahasa Bawean yang paling terkenal sekali? Tentu saja lagu La Aube / La O Be yang dinyanyikan oleh Kassim Selamat, penyanyi kugiran The Swallows pada era 60an.
Video klip di bawah diambil pada Konsert Masih Ada Yang Sayang – A Ramlie pada tahun 1996 yang mana Kassim Selamat menyanyikan lagu La Aube secara miming (sebab dah uzur-tua) dengan latar belakang lagu nyanyian asal (Original Version).
Berikut saya senaraikan lagu-lagu top nyanyian Kassim Selamat & The Swallows dalam format mp3 untuk anda mendengarnya dan juga download sekiranya mahu. Anda cuma perlu klik sahaja pada tajuk lagu.
Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 19 Mei 2006 yang berkaitan dengan Kassim Selamat dan The Swallows;
Nostalgia: Kassim Selamat rindukan M Osman di IB
Oleh: Zainuri Misfar
Orangnya kecil saja tapi gaya masih segak walaupun sudah berumur 72 tahun. Suara semasa menyanyi lagu La Obe masih bertenaga.
ITULAH Kassim Selamat. Dia antara penyanyi veteran era 60-an yang diundang mengadakan persembahan muzikal Suzana@60-an di Istana Budaya, baru-baru ini.
Namun, di sebalik keceriaan teater muzikal itu hatinya sebak tatkala melihat kemunculan Afida S yang turut diundang khas pada persembahan itu. Dia semakin sayu melihat Aziz M Osman muncul di tengah-tengah pentas menyanyikan lagu Suzana dalam irama sentimental.
Bagi Kassim, hubungannya dengan M Osman memang akrab. Kemunculan Afida dan Aziz mengimbau nostalgia ketika bersama rakannya itu.
“Sebab itulah saya rasa sebak apabila melihat anak arwah, Aziz dan isterinya, Afida muncul di Istana Budaya. Saya kagum dengan dia.
“Ada banyak nostalgia antara saya dengan arwah M Osman. Hubungan kami sangat rapat. Bukan saja pada arwah tetapi juga isterinya, Afida,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan persembahan di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kassim adalah antara sekumpulan penyanyi tahun 60-an yang diundang mengadakan persembahan muzikal Suzana@60 di Istana Budaya, bulan lalu.
Turut diundang ialah A Halim, Datuk A Rahman Hassan & Nirwana, A Rahman Onn, Adnan Othman, Ahmad Jais, Datin Azizah Muhamad, Fatimah M Amin, Jefrydin, L Ramlie, M Ishak, S Mariam, S Roha dan Zam Zam.
“Persembahan pada malam itu sangat bagus. Saya bangga menjadi sebahagian penyanyi 60-an yang diundang mengadakan persembahan di Istana Budaya.
“Tapi paling saya terharu sangat apabila tengok anak arwah (M Osman) muncul menyanyikan lagu bapanya (lagu Suzana). Saya jadi semakin hiba apabila melihat kemunculan isteri arwah.
“Sebenarnya sedih apabila dapat jumpa semula keluarga arwah M Osman. Jiwa dan hati saya memang sensitif dengan keluarga arwah,” kata Kassim yang tiba-tiba bergenang air mata dan menghentikan perbualan ini apabila menyebut nama M Osman.
Kalau M Osman terkenal dengan lagu Suzana, nama Kassim Selamat tentu tidak dapat dipisahkan dengan lagu A Lompak A Go Go, selain La Obe – kedua-duanya dinyanyikan dalam loghat Bawean.
Walaupun tidak difahami maksud seni katanya oleh kebanyakan peminat muzik ketika itu (juga zaman sekarang) lagu ini tetap diminati, sedap didengar mungkin disebabkan susunan muziknya yang catchy.
Namun, lagu La Obe juga memperkenalkan nama penyanyinya, Kassim Selamat yang kekal sehingga sekarang, terutama di kalangan kumpulan zaman 60-an.
Beliau mula membabitkan diri dalam dunia seni sejak tahun 1960 dengan Pancaragam Pemuda Ria Party.
“Bersama pancaragam ini, kami sering mengadakan persembahan di kenduri kahwin atau pada majlis keramaian. Satu-satunya lagu yang saya masih ingat ketika bersama pancaragam ini ialah lagu Bagai Dijanji,” kata Kassim.
Tidak lama selepas itu, Kassim menyertai kumpulan The Swalows.
Kumpulan The Swalows ini mula dikenali dengan lagu Gadis 17 yang dimuatkan dalam filem Pontianak. Lagu itu dinyanyikan Ahmad Daud. Apabila beliau meninggalkan kumpulan itu sebagai penyanyi, tempatnya terus digantikan oleh Kassim Selamat.
Ketika itu, katanya, The Swalows kurang mendapat perhatian sehingga tidak dipedulikan pengurus kelab malam atau penganjur persembahan pentas.
“Tidak mudah untuk meletakkan The Swalows sebaris dengan kumpulan muzik yang ada ketika itu. Walaupun sudah merakamkan lagu, tetapi populariti The Swalows tidak memuaskan.
“Untuk mencari kelainan, kami mencipta lagu dalam bahasa Bawean. Dan ia berjaya. Pada waktu itu barulah banyak pihak mengundang kami mengadakan persembahan di tempat mereka. Layanan yang kami terima juga berubah, semakin baik, bertambah baik…,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, dia bersama kumpulan itu adalah antara kumpulan muzik terawal yang menjadi artis di bawah label EMI.
“Ada beberapa lagu yang kami sempat rakamkan. Tapi tidak lama selepas itu, kami tidak dapat merakamkan album. Waktu itu, cetak rompak juga menjadi-jadi menyebabkan kami masing-masing tidak menyanyi lagi,” jelasnya.
Lagu La Obe tetap istimewa kerana ia pernah disenaraikan dalam carta lagu hits di Jerman pada waktu itu.
“Malahan kami juga pernah diundang untuk mengadakan persembahan di Jerman selama tiga bulan. Tapi terpaksa tolak sebab ada antara kami sudah berkeluarga selain masalah mendapatkan makanan halal.
“Sebenarnya kami tidak tahu kenapa mereka suka lagu La Obe. Mungkin mereka berasakan bahasa Boyan tu hampir sama bunyinya dengan bahasa Jerman,” kata Kassim, yang mengakui kedua-dua orang tuanya memang berasal dari keturunan Bawean.
Lirik Lagu La Aube
Setulu Bule Kape Rakan
Neng Kene Bule La Ngastabe
Setulu Malem Eberek Masem
Arapa Bule Tak Tau (2 kali)
* Arapan Arapan Alek
La Au Be Ti Naju Bule
Atong Ku Atong Ku Alek
Bule Ngastabe
Aung Ke Aka Ropana
Toro Naka Imbirna
Paste Naka Ropana
Se Mu Ingak Kapan Dirna
Arapan Arapan Ale
La Au Be Ti Naju Bule
Atong Ku Atong Ku Alek
Bule Ngastabe
Lagu dan Seni kata: Yusof Rahman & Afandi Haji Abdul Rahman
Penyanyi: Kassim Selamat
Profil Kassim Selamat
Nama Sebenar: Kassim Rahmad
Tarikh Lahir: 9 Ogos 1934
Tempat Lahir: Sembawang, Singapura
Isteri: Marwiyah Haji Adar
Anak: 4 orang (7 cucu)
Sembilan Lagu Popular Kassim Selamat daripada 20 lagu yang pernah dirakamkan, iaitu Bagai Dijanji; Hanya Si Dia, Ambin Ku Patah Lagi, La Obe, Angkut Angkut Bilis, Marwiyah, NgalompakAgo Ago dan Ma’Iti Ma’Ila.
Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]