bule anakna oreng phebien . ANAK BAWEAN HERAN - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » ANAK BAWEAN HERAN

ANAK BAWEAN HERAN

Written By Unknown on Jumaat, 9 November 2012 | 2:00 PTG


ANAK BAWEAN HERAN


Ditulis oleh: hefny amany 
Media:Kuduk-Kuduk Channels

Hari :Jumaat 
Tarikh :09 November 2012 
Masa: 10.35 pagi 



   Cerita aku kali ini, seperti mana kita datang ke Malaysia terlalu heran dengan keadaan kereta yang banyak, bangunan tinggi-tinggi dan motor se talampo lajhu. Kalau di Bawean sewaktu aku kecil, aku terlalu heran mola ngotee Ekkol deteng ka kotthuk-kotthuk , maklum bhuru ngote’e lalu aku mengejarnya dari belakang dan naik ebudina kerana terlalu inginkan menaiki ekkol. Yang paling kelakar sekali bila ada ekko naik ka kotthuk-kotthuk, ekkolna tak boleh naik kerana jalannya terlalu curam lalu ekkol itu pun akarkar. ‘’hihihihih …. 

Tidak di nafikan dari dulu sewaktu ada di bawean, mola ngote’e phei helikofter lebet di atas kepala kita saja, kita pon heran tapi sekarang bila ada di Malaysia tidak lagi.

Pengamatan sewaktu kanak-kanak dulu berbeza dengan kanak-kanak sekarang yang lahir di Bawean kerana segalanya telah ada serta info-info boleh di perolehi dari media masa dengan mudah. Maka dengan ini aku ingin ceritakan oreng Bawean bila datang Malaysia pun heran kean maknanya benne eson bhei se heran.”kan kekeke”…. 

Heran kean eson apabila ada anak muda Bawean yang baru sahaja sampai ke sini, ada yang bergaya seperti oreng malaju konon tunjuk hensem atau ada niat disebaliknya. Se tak betta sedhullu, lebur ngote’e oreng bhebiyen mola-mola datang ka Malaysia dengan seluar lebar dibawah ( raje ebebe), “enga’a zaman 70an lah pulak .hihihi….aku gelak” 

Kejutan budaya telah melanda mereka ini sehingga bila sudah lama tinggal di Malaysia, mula tunjuk ego dan ada yang berlagak konon …”ESON. Lain lah kalau mereka ini ada taraf kedudukan seperti kad Pengenalan atau bahasa baweannya (KTP). Saya dapati para mereka ini berasa selesa dengan kehidupan baru mereka di Malaysia di bandingkan di dengan negeri asal mereka di Bawean. 

Alhamdulillah…..mereka ini bekerja keras selain itu ada juga segolongan yang malas nak bekerja.Rata-rata mereka ini datang ke Malaysia mendominasi sektor pembuatan bekerja sebagai buruh binaan (kerja kotrek) dengan mengikuti saudara-saudaranya atau kawan-kawannya. Nasib baiklah segala kerja di Malaysia tak habis-habis boleh lah mereka mencari duit (nyare pesse) disini.

 Aku selitkan cerita orang-orang bawean yang sudah lama tinggal di Malaysia untuk tatapan kita jugak tu.hehehe….”gelak aku lagi.

 Dari pandangan aku waktu kanak-kanak dulu, aku dapati para bapa ketika itu berasa selesa dengan kehidupan baru mereka di Malaysia berbanding di Bawean. Mereka ini, mungkin kesengan dan tidak perlu mencangkul lagi dan sebagainya. 

Para bapa ini sanggup pulang kebawean lalu anak isteri mereka untuk dibawa ke Malaysia dan ada juga saya mendengar ada yang tidak sanggup tinggal di negeri asal mereka di Bawean kerana kesenangan yang melanda pada mereka.

 Mereka ini berfikiran terlalu kedepan sangat sehingga ada yang menukar kad Pengenalan ( i/c Merah) menjai Warganegara malaysia (i/c Biru) demi masa depan anak cucunya nanti.

Tetapi orang Bawean yang baru sampai zaman kini adalah lebih cerdik sedikit (sakobik) berbanding bapa-bapa kami dahulu. Mereka mampu menabung dan menghantar pulang wang dengan jumlah ratusan ribu rupiah setiap bulan dan mampu membina rumah penempatan serti mana di Gombak, Kuang,Ulu kelang dan balakong (satu ketika ada juga di jalan Jelatik).

 Kalau Orang Bawean yang baru dating ke Malaysia ini mampu mempunyai rumah sendiri setelah tiga eampat tahun bekerja, tentunya sangat musykil di pemikiran yang waras, bagaimana orang bawean kelahiran Malaysia tidak mampu untuk berdikari dengan membuat rumah atau membeli untuk keluarga sendiri? Tapi Sewaktu aku datang dulu ke Malaysia semasa tinggal di keramat hujung ;kuala lumpur, tahun1990an? Ada pernah mendengar nama ponthuk Ghunung Malang,

 Ponthuk adalah tempat persinggahan atau tempat tinggal bila ada orang sekampung atau saudara-mara mereka datang ke Malaysia. Ada yang masih mahu mengambil kesempatan tinggal di ponthuk. Kalau tinggal disitu dengan bertanggung jawab tak apalah juga. Sepatutnya bangunan tersebut boleh dimunafaatkan dengan perkara kebajikan yang lain.

 Ia boleh di jadikan tempat tusyen bagi anak-anak masyarakat Ghunung Malang menimba ilmu. Sayang sekali mereka tidak tahu mengendalikannya sebagaimana yang sepatutnya. Sistem ponthuk untuk warga Ghunung Malang yang baru tiba untuk mencari penghidupan baru disini sudah lama berlalu dan sudah tidak relevan lagi kerana kebanyakan mereka sudah mempunyai tempat tinggal sendiri.







Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]