bule anakna oreng phebien . PEMBUATAN TIKAR ALA BAWEAN - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » PEMBUATAN TIKAR ALA BAWEAN

PEMBUATAN TIKAR ALA BAWEAN

Written By Unknown on Jumaat, 9 November 2012 | 1:08 PG





PEMBUATAN TIKAR ALA BAWEAN











Disebalik pengatahuan anda semua, tahu tidak selain kerepek gaddung, Arca (kette) ada lagi iaitu tikar Bawean. Salah satu peninggalan nenek moyang kita ini budaya ini sudah berpuluh-puluh tahun di Pulau Bawean ia merupakan anyaman tikar ini jadi penghasilan yang utama. Hasil dari anyaman kaum perempuan ini digunakan memenuhi keperluan keluarga.




Anyaman tikar cantik ini bukan anyaman biasa. Anyaman ini berasal dari hasil alam berupa daun pandan yang tumbuh liar di hutan sekitar kampung. Mencarinya pun tidak semudah yang di sangka. Memerlukan pengalaman khusus.

Pencari daun pandan ini kaum lelali yang sudah ahli mengatasi duri yang menjuntai di daun. Jika tidak hati-hati, maka duri itu akan terkena kulit.
Bila kaum lelaki berhasil membawa daun pandan ke rumah, kaum wanita langsung memotong daun pandan satu persatu.


Ibu Nacma  warga bawean kuduk-kuduk berkata, menganyam daun pandan tidak lah susah sangat. Ini sudah jadi perkara biasa, tapi sayangnya sekarang pembuat tikar sudah hampir pupus tidak ada lagi kerana orang tua-tua sudah meninggal dunia dan pewarisnya tidak mahu menyambung kerana pembuatan tikar mengambil terlalu lama untuk di siapkan, jadi susah mencari tikar macam ini," kata Ibu Nacma.

Ibu Nacma berkata, membuat anyaman tikar ini tahap pertama, daun pandan dibersihkan, kemudian direbus supaya daun pandan itu lembut dan senang untuk membuatnya . Selain itu pemberian warna dilakukan dengan bermacam warna yang didapati dari alam semula jadi.


Video ini hanya sebagai contoh 
cara membuat anyaman tikar

Salah satunya warna merah dari daun jati yang dikeringkan dan direbus kembali untuk mendapatkan warna yang diinginkan. Bahan yang diproses kemudian dijemur hingga kering. Setelah daun pandan itu kering sepenuhnya maka bolehlah dimulakan untuk membuat tikar.

Proses anyaman ini betu-betul memerlukan ketenangan dan ketelitian agar ianya kemas serta cantik dan menarik . Setiap helai daun pandan hanya selebar setengah cm sahaja. Menganyam pun tidak sembarangan atau sesuka hati ianya memerlukan ketelitian. Memerlukan  keahlian agar tikar yang dibuat mampu menghasilkan bermacam-macam gambar dan bentuk," tambahnya.

Untuk model anyaman berbentuk sajadah, dihargai Rp70-90 ribu. Pembuatannya pun hampir  2 minggu untuk di siapkan..



Sayangnya, Perubahan zaman membuat pembuat anyaman ini tinggal segelintir saja. Banyak anak muda menganggap pekerjaan ini sangat membosankan dan leceh.

 Belum lagi banyak warga Bawean yang memilih mengais rezeki di negeri seberang, membuat sedikit pewaris seni anyaman tikar. Beruntung Desa Kuduk-Kuduk Patarselamat masih mempunyai penganyam tikar kerana masih ada orang-orang tua yang masih boleh menganyam tikar.

Seperti mana saya sendiri sewaktu pulang ke kampung, awal-awal lagi sudah menempah tikar untuk di bawa ke Malaysia bukan apa, takut-takut tidak siap bila saya mahu belayar nantinya. Bahkan setiap orang tua-tua di kampung kami tanyakan, ada tak orang yang boleh membuat tikar, Alhamdulillah ....dengan izin Allah maka Ibu Nacma telah sudi untuk menerima tempahan dari saya.

Sampai sekarang sepanjang saya berada di Malaysia tikar itu masih utuh dan tidak rosak dan masih dipakai sepanjang hari. sekian sahaja cerita mengenai tikar ala Bawean.






Tikar pandan asli dari Pulau Bawean

http://tv.detik.com/readvideo/2012/08/06/130314/120806031/061009681/title

Baik juga tikar pandan ini. semasa di kampung dulu kami selalu menggunakan tikar tersebut untuk dipakai sejadah untuk sembahyang atau di jadikan alas untuk duduk saat tetamu berkunjung kerumah atau di dalam majlis-kkc







Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]