bule anakna oreng phebien . STADIUM TITIWANGSA BERGEGEAR DENGAN KEHADIRAN WARGA BAWEAN - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » STADIUM TITIWANGSA BERGEGEAR DENGAN KEHADIRAN WARGA BAWEAN

STADIUM TITIWANGSA BERGEGEAR DENGAN KEHADIRAN WARGA BAWEAN

Written By Unknown on Jumaat, 31 Oktober 2014 | 5:41 PTG

STADIUM TITIWANGSA BERGEGEAR  DENGAN KEHADIRAN WARGA BAWEAN





Kuala Lumpur  - Stadium Titiwangsa bergegar pada rabu lepas, hampir 7 ribu masyarakat Bawean di Kuala Lumpur dan Selangor berduyun-duyun memenuhIkan perkarangan stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Acara Pertandingan Kercengan Remaja Bawean 2014 Piala Tan Sri Dr. Rais Yatim yang dianjurkan oleh Persatuan Bawean Malaysia, Yayasan Warisanegara dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini telah selesai tirainya. Untuk tahun ini ada 8 penyertaan sahaja kerana ada 3 kumpulan telah menarik diri beberapa minggu yang lepas sebelum event di adakan.

Acara Pertandingan Kercengan Remaja Bawean 2014 telah dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan setelah itu acara pun dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa Dato' Ahmad Fauzi Hj Zahari. Kehadiran penonton pada acara tahun ini sangat memberangsangkan sekali stadium penuh ada juga sebahagiannya tidak mendapat tempat duduk hanya berdiri dan ada juga dilihat berdiri diruang hadapan stadium.

Mungkin kerana di malaysia cuti umum waktu itu dan lokasinya juga sangat strategik kerana acara dilakukan berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur memudahkan lagi masyarakat Bawean untuk datang ke acara itu.

Tepat jam 10.30 pagi, acara pertandingan di mulakan dengan persembahan pertama dari kumpulan Nuruzzaman yang didatangkan khusus dari Tmn. Setia, balakong, Seri Kembangan dan Persembahan yang kedua pula dari kumpulan Miftahul Falah dari Kg. Sungai Cinicin, Batu 7, Gombak. Kumpulan seterunya dari kumpulan Nurul Hasanah yang datang dari kampung Melayu Subang.

Kumpulan Mostofa dar Taman Keramat, Hulu Kelang pula membuat persembahan yang ke 4 dengan persembahan menarik dan lain dari yang lain. Kumpulan ini tidak menampilkan penari perempuan hanya dibarisi penari lelaki seperti gaya kercengan lama. Kumpulan Khairun Najah pula yang di datangkan dari Kampung Sungai Salak, Batu 9, Gombak membuat persembahan yang ke 5.

Majlis berhenti rehat rehat pada jam 12.00 tengahari hingga jam 2.00 petang.
Waktu rehat diserikan pula dengan persembahan qasidah dari kumpulan Ikkomah yang didatangkan khusus dari kampung Segambut dalam. Tepat jam 2.00 petang acara pun bermula, kumpulan seterusnya dari kumpulan darul Ehsan dari kampung paya Jaras hilir, Sungai Buloh.

Kumpulan Jam'yah Al-Koramah dari Kampung Kubu Gajah 13 telah membuat persembahan ke 7 dan waktu itu juga ketibaan Yg. Bhg. Dato' Sri Kamaruddin Siaraf Pengerusi Yayasan Warisanegara tepat jam 3.00 petang.

Persembahan yang terakhir dalam Pertandingan Kercengan Remaja Bawean 2014 adalah dari kumpulan Nurul Huda dari Kampung Mampir, batu 18, hulu Langat. Kumpulan ini memakai pakaian warna emas cantik dan bersinar.

"Tan Sri Dr. Rais Yatim tidak dapat hadir pada waktu itu kerana ada urusan penting di luar negri."
Yg. Bhg. Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal Hj. Talib selaku Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak hadir dalam majlis itu kerana beliau ada acara bersama kepimpinan MIC dalam menyambut hari Deepavalli bersama masyarakat Hindu di Breakfield.

Sebelum penutupan ucapan penghargaan dari Tuan Haji Ahmad Nazar Salleh, KMW, PPN, BKT. sebagai Pemangku Presiden Persatuan Bawean Malaysia dan juga ucapan oleh Y.Bhg. Dato' Sri Kamaruddin Siaraf selaku Pengerusi Yayasan Warisanegara.

Penutup Pertandingan Kercengan Remaja Bawean 2014 telah diserikan dendangan lagu dari Daly Filsuf artis keturunan Bawean Singapura dengan membawa lagu popularnya yang bertajuk Eson Phebien. Semasa Daly menyanyikan lagu Eson Phebien, para penonton bersorak gembira sambil menyanyi bersama-sama. Penonton juga berasa gembira ada yang berjoget kerana keasyikan mendengar lagu Eson Phebien dari Daly.




















Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]