bule anakna oreng phebien . KUMPULAN KERCENGAN MOSTOFA MENANGI PERTANDINGAN KERCENGAN REMAJA BAWEAN 2014 - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » KUMPULAN KERCENGAN MOSTOFA MENANGI PERTANDINGAN KERCENGAN REMAJA BAWEAN 2014

KUMPULAN KERCENGAN MOSTOFA MENANGI PERTANDINGAN KERCENGAN REMAJA BAWEAN 2014

Written By Unknown on Jumaat, 31 Oktober 2014 | 5:52 PTG

KUMPULAN KERCENGAN MOSTOFA 
MENANGI PERTANDINGAN 
KERCENGAN REMAJA BAWEAN 2014




Kuala Lumpur - Kumpulan kercengan Mostofa telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kercengan Remaja Bawean 2014 di Stadium Titiwangsa pada Rabu lepas 22 Oktober 2014. Ada lapan penyertaan untuk tahun ini telah berlangsung dengan jayanya.
Acara yang berlangsung sempena cuti umum hari Deepavali ini, telah menarik minat warga Bawean di Kuala Lumpur dan Selangor. Ada juga beberapa keluarga yang datang dari Singapura, Korea dan juga Indonesia semata-mata tidak mahu ketinggalan dalam acara itu. Acara yang dimulakan pada jam 9.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Ahli Perlimen Setiawangsa.
Berikut nama-nama kumpulan yang ikut serta:-
1. Kumpulan Nuruzzaman
2. Kumpulan Miftahul Falah
3. Kumpulan Nurul Hasanah
4. Kumpulan Mostofa
5. Kumpulan Khairun Najah
6. Kumpulan darul Ehsan
7. Kumpulan Jam'yah Al-Koramah
8. Kumpulan Nurul Huda
Kumpulan Mostofa menjadi juara untuk tahun 2014 mungkin kerana cara penampilan yang berbeza dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Kumpulan Mostofa juga baru pertama kali menyertai pertandingan kercengan ini, penari yang menampilkan barisan lelaki mengikut teradisi lama dengan gaya dan lenggok tangannya sangat mempersona. Mungkin dengan gaya yang kreatif itu membuat pihak juri tertarik dengan belaian tangan dan tariannya itu.

Pemenang yang kedua pula telah di takluk dari kumpulan Darul Ehsan yang di datangkan dari kampung paya Jaras hilir, Sungai Buloh. Kumpulan Darul ehsan juga telah dua tahun berturut-turut menyertai pertandingan ini dan selama dua tahun penyertaan, kumpulan itu telah mengondol dua kali di tempat kedua termasuk tahun ini. Rezki tak kemana kalau ada usaha lebih itu lah yang mereka dapat, tahniah untuk anda.
Stadium mulai penuh selepas waktu rehat, dengan kehadiran penonton yang ramai sesak di hadapan pintu stadium membuat pergerakan tidak lancar kerana kursi penuh dan ada juga terlihat mereka duduk di tangga tempat orang ramai lalu lalang. Dengan kehadiran penonton yang ramai, serta sangat memberangsangkan dengan mendapat sambutan yang sangat luar biasa untuk tahun ini mungkin kerana cuti umum dan juga mengenai pertandingan diperluas keserata tempat dengan segala Banner dan juga flyers diedarkan kesetiap serata perkampungan warga bawean.

Kumpulan Nurul Huda dari Kampung Mampir, Batu 18, Hulu Langat telah di nobatkan sebagai pemenang yang ke-3 pada pertandingan tahun ini dan kumpulan ini juga telah menang dalam busana paling cantik dan menarik. Untuk Vocal terbaik pula telah di rangkul oleh kumpulan Darul Ehsan dan pihak juri telah memilih mungkin kerana suara dan lenggok lagu yang kreatif serta suaranya yang lunak membuat juri tertarik.
Alhamdulillah, pertandingan untuk tahun ini sangat luar biasa dengan kehadiran warga Bawean ramai datang untuk menonton. Penghargaan terhadap gerak kerja terhadap anggota AOP dari awal hingga lah berakhirnya acara dan adanya mereka membuat acara itu berjalan dengan sempurna.-kkc












Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]