bule anakna oreng phebien . MESYUARAT AGONG TAHUNAN 2014 PERSATUAN BAWEAN MALAYSIA - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » MESYUARAT AGONG TAHUNAN 2014 PERSATUAN BAWEAN MALAYSIA

MESYUARAT AGONG TAHUNAN 2014 PERSATUAN BAWEAN MALAYSIA

Written By Unknown on Isnin, 16 Jun 2014 | 10:48 PTG

MESYUARAT AGONG TAHUNAN 2014
PERSATUAN BAWEAN MALAYSIA





Ahad / 15 Jun 2014Terlebih dahulu marilah kita sama-sama membacakan Surah Alfatihah dan kita hadiahkan pahalanya kepada mantan presiden PBM Allahyarham Datuk Hj Abdul Azez Bin Satta yang telah kembali kerahmatullah pada 06 Mei 2014. Kita sama-sama doakan agar Roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu Wataala. Amenn.

Mesyuarat Agong kali ini yang berubah tempat tidak seperti kebiasaannya di Pondok Pakaloangan  Datuk keramat manakala kali ini telah di adakan di Dewan Kompleks Penghulu Mukim Hulu Kelang, Selangor.

Berikut di bawah adalah aturcara majlis:-

Jam 8.30 - 9.00 pagi
-Pendaftaran & ketibaan Ahli serta tetamu undangan
-Ucapan aluan Pengerusi Majlis Tuan Hj Apili Bin Taib A.M.S
-Bacaan Doa
-Bacaan ayat suci Al-Quran
-Ucapan pemangku presidenPBM
-Ucaapan perasmian penasihat Persatuan Bawean Malaysia
 yang berbahagia Datuk Othman Maswan
-Pembentangan laporan aktiviti tahun 2013 -2014
-Minit mesyuarat 2013 - 2014 oleh setiausaha agong PBM
-Pembentangan laporan kewangan oleh bendahari PBM
-Hal-hal lai- Ucapan penangguhan oleh Persatuan Bawean malaysia
-Persembahan Qasidah oleh kumpulan Ikkoma

Jam12.00 tengahari
Jamuan makan & bersurai


Alhamdulillah mesyuarat agong kali ini berakhir dengan jayanya walaupun tidak ramai yang hadir kerana banyak acara-acara yang tak dapat dielakkan, tetapi mesyuarat sangat berjaya. Anggaran 300 orang yang akan hadir pada mesyuarat kali ini, tetapi yang hadir hanya 50 orang sahaja yang telah menyertai mesyuarat.

Mesyuarat kali ini agak berbeza dengan mesyuarat-mesyuarat yang sebelumnya. Kali ini mesyuarat telah menyelitkan bacaan ayat cuci Al-quran sebagai permulaan majlis, Menyampaikan cabutan bertuah kepada yang hadir dan mengundang Qasidah 'Ya Hanana' dari kumpulan Ikkoma.

Turut hadir pada majlis itu pak Lora dan timbalan Lora masyarakat Kuduk-kuduk di Malaysia iaitu Bpk Salehan dan Bpk Mas'od. Setiausaha Persatuan Bawean Malaysia iaitu saudara Ichsan bin Manaf turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bpk Salehan dan Bpk Mas'od kerana sudi hadir ke majlis Mesyuarat Agong Tahunan PBM bagi tahun 2014. Saudara Ichsan berkata," kehadiran Ketua masyarakat Kuduk-Kuduk di malaysia kali ini adalah yang ke-2 kalinya dan yang pertama beliau hadir di pada tahun lepas di Pondok Pakalongan Datuk Keramat.


















Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]