ORANG BAWEAN BERTEMU JODOH DENGAN INDIA MUSLIM DIMALAYSIA
Ditulis Oleh : Hefny Amany
Tarikh : 19 Jun 2014
Lokasi : Kepong, Selangor.
Kepong, Malaysia - Orang Bawean yang datang ke
Malaysia bukan hanya untuk mencari rezeki tetapi ada juga yang mendapat jodoh.
Orang yang saya maksudkan ialah makcik Noraini yang berumur sekitar 46 tahun yang
berasal dari Bawean Indonesia dan beliau datang ke Malaysia bersama saudaranya
untuk mencari rezeki di Malaysia setelah kematian suaminya.
Hiruk pikuk kehidupan di Bawean yang
penuh dengan panca roba telah membuat makcik Noraini mengambil keputusan untuk datang
ke Malaysia. Makcik yang berusia lanjut
ini masih fasih berbahasa bawean bila saya mengajukan pertanyaan kepadanya.
Namun tidaklah tepat sangat mungkin kerana kehidupan hariannya dengan India
muslim dimana setiap hari menggunakan bahasa melayu dan India.
Perkenalan saya dengan makcik
Noraini ini sudah hampir 10 tahun di kedai mamak Desa Jaya Kepong. Olah kerana
saya sibuk bekerja, maka baru sekarang saya berkesempatan untuk menanyakan makcik
Noraini ini berasal dari mana. Perbualan makcik Noraini yang penuh sopan santun
dan lemah lembut, beliau juga banyak berahsia dengan saya sehinggakan saya
bertanya namanya pun diberikan nama salah, mungkin beliau sengaja tidak mahu berterus terang kerana malu
atau mungkin juga sengaja tidak mahu menceritakan hal peribadinya pada orang lain.
Awalnya makcik Noraini bekerja
dikedai itu sebagai pelayan hampir belasan tahun, oleh kerana majikan nya telah
serasi dengan makcik Noraini, maka majikan nya telah melamar beliau untuk
dijadikan pasangan hidup. “kami hidup bahagia sehingga sekarang,” katanya.
Pada awalnya, Makcik Noraini
menyatakan namanya Jamilah dan bila saya hendak beredar dari kedai itu makcik
berterus terang menyatakan namanya adalah Noraini dan bukannya Jamilah. Dalam
fikiran saya kenapa Makcik Noraini perlu berahsia dengan saya sedangkan saya
sudah lama kenal dengannya.
Makcik Noraini berkata, dia
berasal dari Bawean, Tambak Pajhingge’en dan beliau juga menyatakan kepada saya
yang baru-baru ini beliau telah pulang ke kampung iaitu Bawean selama 10 hari
bersama saudaranya pada bulan November 2013
untuk menjenguk anaknya yang ada di sana. Beliau juga menyatakan tidak
lah lama berada disana kerana alasannya tak ada orang yang akan menjaga
kedainya dan lagi pun suaminya di sini sudah tua sekitar 60 tahun,” kata
Makcik.
Mengikut Makcik Noraini, walaupun
beliau berkahwin dengan orang Malaysia, beliau juga sering pulang ke Bawean dan
masih ingat Bawean kerana disana tempat lahirnya,”Jelasnya. Perkahwinan beliau
sekarang ini tidak dikurniakan anak dan beliau berkata tugasan hariannya hanya
menjadi penjaga kaunter kerana usianya sudah tua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan