ORANG BAWEAN ADA DIMANA-MANA
Kuala Lumpur / 24 Mei 2014 - Orang Bawean bukan hanya bekerja sebagi buruh kasar(
kerja kontrek ) atau pembantu rumah bila datang ke Malaysia. Minggu lepas semasa
saya mengikuti progrem amal Anak Oreng
Pebien (Aop) ke Zoo Negara, saya telah
terjumpa beberapa orang Bawean yang bekerja sebagai tukang sapu di sana dengan
bertutur dalam bahasa Bawean.
Setelah itu kami cuba mendekati dan menyapa beliau dengan
sapaan bahasa Bawean juga kerana ingin mengatahui lebih lanjut menganai asal
usul mak cik tukang sapu itu. Tidak kiralah kerja apa yang penting halal itu
dalam sifat orang Bawean.
Makcik bernama Rahmawati berumur sekitar 40an bersama rakan-rakannya
yang lain telah bekerja di Zoo Negara sudah hampir lima tahun. Makcik Rahmawati
tinggal di Ulu Kelang dan untuk ampai kesini Cuma mengambil beberapa minit
sahaja. Walaupun makcik Rahmawati sudah tua namun masih sihat dan kuat beliau masih
sanggup bekerja untuk mencari rezki.
Perbualan panjang yang telah hampir 10 minit dengan makcik
Rahmawati tak perasan pula yang makcik sedang bekerja. Saya dengan beraninya menyapa dan
berbual-bual untuk mengatahui status diri makcik Rahmawati.
Mengikut apa kata makcik, kebanyakan pekerja tukang sapu
di Zoo Negara adalah orang Bawean dan ada juga orang bawean yang jadi kerani
disini. Itulah perbualan singkat saya bersama makcik Rahmawati minggu lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan