bule anakna oreng phebien . ANAK ORENG PEBIEN MALAYSIA KERJA AMAL DI ZOO NEGARA - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » ANAK ORENG PEBIEN MALAYSIA KERJA AMAL DI ZOO NEGARA

ANAK ORENG PEBIEN MALAYSIA KERJA AMAL DI ZOO NEGARA

Written By Unknown on Sabtu, 24 Mei 2014 | 12:19 PTG



ANAK ORENG PEBIEN MALAYSIA KERJA 

AMAL DI ZOO NEGARA





Pada hari ahad minggu yang lalu pada 11 Mei 2014, Kami di group Anak Oreng Pebien (AOP) telah mengikuti kerja amal ke Zoo Negara di mana mengikut saudara Azroy Manaf,  ini yang kedua kalinya AOP buat kerja amal ke Zoo Negara. Kami berkumpul di pintu No.3 di bahagian belakang  Zoo Negara jam 8.30 pagi  dan acara akan dimulakan pada jam 9.00 pagi.

Program ini yang dianjurkan oleh group Anak Oreng Pebian (AOP) di Facebook mendapat sambutan yang sangat baik. Selain daripada kumpulan ini, program pagi itu turut juga disertai oleh sukarelawan lain.




Acara dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil Zoo Negara. Awal-awal lagi kami dan media dah dimaklumkan supaya mengambil gambar binatang yang dibenarkan sahaja . Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibawa ke tempat tugas masing-masing. Setiap sukarelawan diberi sticker untuk ditampal pada baju. Setiap peserta dikenakan bayaran ikhlas sebanayak RM10.00 ringgit diberi kepada staff Zoo untuk digunakan 
membeli makan haiwan-haiwan di Zoo Negara.


Tugas group AOP di Zoo Negara:

Bedak sembu – Adi 
Tapil – Asma 
Lembu –Zain
Tikus mondok – Ending
Burung – Epul
Raptalia - Rahman
Zirafa – Rose
Hospital Haiwan – Samsuri
Penghantar makanan – Dekde.

     Kami dikehendaki menyapu daun kering dan mengumpulnya dalam bakul, mencucui kandang, membuang taik lembu dan memberi makan kepada haiwan tersebut. 






      Kemudian salah satu group AOP iaitu Ogy diminta membantu staff Zoo Negara untu membuat makanan burung sambil diberi penerangan cara untuk membuat makanan itu. Kami juga diminta mengangkat kayu-kayu lama yang telah rosak untuk dibuang ke tempat yang disediakan. Fuh…memang penat tapi best.







Selain daripada melakukan kerja gotong-royong, kami juga dapat mendengar banyak cerita dan pengalaman daripada penjaga Zoo Negara. Yang bestnya jadi volunteer ni ialah, kami dibenarkan mengambil gambar  tah lah masuk free dapat pulak ambil gambar haiwan-haiwan yang ada di Zoo.


Ketika bersembang dengan staff Zoo, baru saya tau betapa mahalnya kos menjaga seekor harimau. Kos makan seekor harimau untuk sebulan boleh mencecah hingga RM20,000. Tu belum lagi kos vitamin, perubatan dan lain-lain lagi. Kalau tak dikenangkan harimau ni spesis nak pupus, tak kuasa agaknya nak belanja banyak macam tu.


Selain daripada bertugas di kandang , sukarelawan lain yang kami nampak ditugaskan di kawasan seperti di kandang burung, kandang unta, gajah, kedai cenderahati, kaunter tiket dan lain-lain lagi.


Dalam sekitar 10.30 pagi semua staff Zoo serta sukarelawan berehat di kantin dan kemudian sambung lagi sampai masa berakhir. Masa rehat bolehlah jalan-jalan keliling zoo. Masuk percuma apabila menyertai sukarelawan bahagian pertunjukkan haiwan juga kami sempat tengok kerana pertunjukan singa laut yang di mulakan pada jam 11.00 pagi dan pertunjukan juga dibuat pada jam 3.00 petang. Program berakhir jam 12.00 tengahari banyak pengalaman dan pengetahuan dapat dikumpul sepanjang berada di Zoo Negara. Kepada yang berminat nak join, boleh lah ikut serta pada tahun depan ya.

EDISI BERGAMBAR























Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]