MESYUARAT KALI PERTAMA SETELAH
PEMERGIAN PRESIDEN PBM
KERAHMATULLAH
Malaysia - Berikut adalah informasi terkini dari Ajk Persatuan Bawean Malaysia (PBM). Mengikut makluman dari ahli jawatan kuasa majlis PBM, mlm tadi telahadanya mesyuarat PBM yang pertama setelah pemergian Presiden Bawean Malaysia ke Rahmatullah.
Agenda yang dibentangkan mengikut informasi adalah mengenai isu-isu berbangkit dan mengenai majlis tahlil yang ke tujuh harinya Almarhum Datuk Aziz bin Sattar ke Rahmatullah tempo hari. Kenduri tahlil akan di buat di Surau Kampung Sungai Salak Tambahan Batu 9 1/2, Gombak Selangor. Berikut dibawah adalah aturcara majlis:
Are : Isnin mlm selasa
Tanggal : 12 / 05 / 2014
Jam : lepas Isyak
Tempat : Surau Kg. sungai Salak Tambahan Batu 9 1/2, Gombak, Selangor.
Kepada rakan-rakan yang ada kelapangan pada hari berkenaan boleh lah ikut serta dalam majlis itu nanti kita mendoakan arwah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang masuk syurga. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan