bule anakna oreng phebien . ASAL USUL NAMA DESA GELAM - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » ASAL USUL NAMA DESA GELAM

ASAL USUL NAMA DESA GELAM

Written By Unknown on Sabtu, 10 Mei 2014 | 4:37 PTG

ASAL USUL NAMA DESA GELAM





Asal usul nama Desa Gelam menurut ketua masyarakat Pak Hafidz " Gelam iaitu di gunung pataonan dulu ada pelarian dari SULAWESI yang di kejar oleh pemerintah dari sana. Sampai di gunung pataonan ada dua orang namanya Nyai Enyah dan Yasin Sulaiman setuju untuk berkahwin ertinya" GHELLEM AKABIN," ujarnya.

"Kerana Gellam akabin, maka disebutlah Gelam nama desa disini kata Pak Hafidz. 

Berita dari Desa Gelam Kacamatan Tambak

Pintu gerbang memasuki Desa Gelam sudah berubah wajah diperbesar dan lebih cantik. Dahulunya yang hanya tembok di bahagian tepi, tapi kini sudah di perbaharui dengan mempunyai bumbung dan sekarang agak besar klu nak dibandingkan dengan yang dulu.

Pintu gerbang sekarang ada tiga warna lebih garang dari jauh kelihatan cantik serta terang. Dahulu berwarna merah putih tetapi sekarang berwarna biru, merah dan putih.

Pintu gerbang ini mengikut informasi, telah siap pada tahun ini iaitu 2014 dan sekarang 100% siap dan sudah boleh dilalui oleh orang ramai. Pintu gerbang kali ini juga telah dipasangkan lampu untuk kemudahan penduduk keluar masuk ke kampung Gelam dan ianya juga untuk orang luar senang berurusan dengan warga gelam.




Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]