bule anakna oreng phebien . KENAPA WARGA BAWEAN DIMALAYSIA SUKAR DISATUKAN - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » KENAPA WARGA BAWEAN DIMALAYSIA SUKAR DISATUKAN

KENAPA WARGA BAWEAN DIMALAYSIA SUKAR DISATUKAN

Written By Unknown on Sabtu, 10 Mei 2014 | 4:30 PTG

KENAPA WARGA BAWEAN DIMALAYSIA 

SUKAR DISATUKAN








Malaysia - Warga Bawean dimalaysia sudah mencecah hampir ratusan ribu sejak awal kedatangan mereka hingga kini ke Malaysia. Nenek moyang kita yang awal tahun 1911 lagi ke Malaysia sudah menjadikan negara ini seperti negaranya sendiri. kebanyakan cucu peot dan onyang sudah sukar untuk pulang ke Bawean lagi kerana kehidupannya lebih baik dan tenang ada di Malaysia.

Kerajinan dalam setiap pekerjaan menjadi tolak banding yang membezakan warga melayu Malaysia dengan Melayu Bawean Indonesia. Ini kerana setiap pekerjaan yang di lakukan oleh warga yang berketurunan Indonesia lebih rajin kalau nak dibandingkan dengan warga tempatan umpamanya.

Kita boleh lihat sendiri di setiap pelbagai sektor pekerjaan dimana ada pekerja yang berketurunan Indonesia, mereka lebih rajin membuat kerja di bandingkan dengan orang tempatan. Keturunan warga Indonesia seperti Melayu Bawean sering disebut-sebut dahulu sebagai bangsa yang rajin di Malaysia.


Keramahan, tidak sombong dan tidak mementingkan diri membuat warga tempatan berminat untuk bergaul dan menarik minat untuk bersama dalam setiap aktiviti kemasyarakatan.

Zaman edan, yang telah kita lalui sekarang ini memang banyak perbezaan kalau nak dibandingkan dengan warga Bawean dahulu. Kini warga Bawean sudah senang lenang dan telah boleh tidur lena dibawah bantal empuk kalau nak bandingkan waktu zaman dulu warga Bawean datang ke Malaysia.

Waktu dan tempat telah menjarakkan sikap warga Bawean kini yang lebih mementingkan kekeluargaan demi kepentingan persatuan di bawah panji nama Bawean.

Nama Bawean jarang disebut di Malaysia tetapi nama Orang Boyan sering menjadi siulan orang ramai bahkan nama jalan dan kawasan atau sekolah telah ada yang tertulis dengan nama Boyan di serata Malaysia. Selamat maju jawa orang Bawean di Malaysia, usahakan supaya lebih maju kehadapan dan jangan hilangkan identiti anda sebagai bangsa Bawean. 






Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]