bule anakna oreng phebien . PERHIMPUNAN SILATURRAHIM WARGA BAWEAN PADA 01 JANUARI 2014 - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » PERHIMPUNAN SILATURRAHIM WARGA BAWEAN PADA 01 JANUARI 2014

PERHIMPUNAN SILATURRAHIM WARGA BAWEAN PADA 01 JANUARI 2014

Written By Unknown on Jumaat, 20 Disember 2013 | 3:05 PTG


PERHIMPUNAN SILATURRAHIM WARGA BAWEAN PADA 01 JANUARI 2014



Event 1 Januari 2014 adalah satu langkah besar & berani AOP bersama PBM bagi mengumpulkan semua masyarakat Bawean di Malaysia untuk bersatu dan bersama dalam menunjukkan perpaduan bangsa Bawean supaya dapat dilihat oleh masyarakat yang lain di Malaysia ini.

Dengan ini kami mengharapkan kerjasama dari anda semua untuk bersama-sama dengan nama AOP mewar warkan mengenai event tersebut kepada semua kenalan,saudara mara, ibu-bapa, rakan taulan dan semua yang masih berketurunan Bawean untuk menghadirkan diri ke majlis gilang gemilang ini. 

Semoga dengan bantuan serta kerjasama dari anda ini akan dapat menaikkan lagi nama Bawean di mata seluruh masyarakat yang ada di Malaysia.

Kami tidak mampu untuk memberi ganjaran kapada anda tapi kami mampu utk membantu warga Bawean yang tercinta ini untuk dijulang dan seiring dengan bangsa lain yang ada di malaysia ini.


Berikut adalah atur cara pada event nanti:

Perhimpunan Terbesar Warga Bawean Di Malaysia.

Pada hari:   Ahad
Bertarikh:  01 Januari 2014
Masa:        9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat:     Stadiun Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Di Lampirkan Bersama Persembahan Kebudayaan :
1. Kercengan Darul Ehsan (Sungai Buloh)
2. Kercengan Zainal Ummah (Ampang)
3. Nasyid ( Artis Tv- Alhijrah)
4. Al-Ikkomah (Yahanana)

Ceramah Agama.
1. Kiayi Hj Muhyiddin Khatib.
2. Profesor Saidfudin Mas'udi

Objektif :
1. Meningkatkan & Memperkukuhkan Silaturrahim sesama Warga Bawean.

2. Menonjolkan Budaya/warisa/tradisi/Seni masyarakat Bawean di Malaysia.

3. Memjulan Nama baik Masyarakat Bawean Di Seluruh Negara.

Akan Di Rasmikan Oleh Menteri Wilayah Persekutuan.
Juga turun di Kunjungi Oleh VVIP pegawai kerajaan serta Seluruh kenamaan.




















Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]