WARGA BAWEAN BALAKONG IKUTI KEMPEN KESIHATAN
Alhamdulillah...Tahniah kepada warga penduduk Bawean Taman Setia Balakong kerana telah berjaya mengadakan progrem kemasyarakatan.
Surat khabar Sinar Harian hari ini di muka surat 54 di segmen Aktiviti telah memasukkan berita minggu lepas dalam Progrem kemasyarakatan bagi penduduk warga Bawean di Pangsapuri Taman Setia Balakong.
Warga Bawean di Pangsapuri Taman Setia Balakong ahad lepas telah turut untuk sama2 memeriahkan Kempen Kesihatan dan Mini Karnival Belia Anjuran Persatuan Norussobah dan Pelajar Progrem Pembangunan Belia UPM.
Menurut sahabat kami Sayyid Asyraff Adhwa Sahlan, pelbagai gerai agensi kerajaan dan swasta telah dibuka bagi memberi perkidmatan kpd penduduk Tmn Setia.
Progrem juga telah mendapat sokongan dari Surau Nurussobah Tmn Setia dan dihadiri Adun Balakong.
progrem turut menganjurkan kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan dan sukaneka pada waktu itu. Syah Ieja berkata ia akan dijadikan sebagai progrem tahunan utk menjalinkan silaturrahim di kawasan pangsapuri itu.
Media KKC telah mendapat undangan minggu lepas untuk turut serta dalam Progrem itu, kami Media di Kuduk-Kuduk Channels semua mohon maaf kerana tidak dapat turut serta kerana kesibukan dengan progrem lain. Insyaallah lain hari dan waktu akan turut serta dlm progrem disana. InsyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan