KEMAJUAN MENUKAR SEGALANYA
Kemajuan zaman pinggirkan kendaraan seperti Dukar...!!!
Dukar dan Beca telah menjadi satu pengangkutan utama di Bawean waktu dulu.
Dukar yang dahulunya menjadi pengangkutan utama untuk warga Bawean kini telah terpinggir dimana sekarang menoriti warga Bawean mempunyai motosikal sendiri bahkan setiap rumah di Bawean kini mempunyai motosikal atau kendaraan untuk digunakan kemana-mana.
Dengan kemajuan zaman, yang lama telah ditukar baru mengapa tidak di seragami supaya ianya menjadikan sebagai tempat para pelancong menggunakan Dukar untuk keliling Bawean dan sebagainya.
Inisiatif seperti ini perlu di tangani supaya mereka yang mempunyai kendaraan seperti Dukar Iini terjamin masa dapannya. Dukar seandainya dijadikan pengangkutan utama para pelancong ke Bawean, ini tentu menjadi tarikan terbaru kepada pelancong yang datang ke Bawean.
Mengapa pihak yang berwajib di Bawean tidak ada inisiatif untuk mengelolah supaya ianya menjadi tarikan dan supaya Kendaraan seperti Dukar ini tidak mati ditelan zaman.
Sayangnya ....!!!
Zaman dulu kita boleh menghirup udara segar dengan menaiki Dukar keliling Sangkapura tetapi kini sepi cuma beberapa sahaja yang maih ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan