bule anakna oreng phebien . MAJLIS PERKAHWINAN SAPRI DAN SUBAEDAH DIKUNJUNGI OLEH PRESIDEN PBM - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » MAJLIS PERKAHWINAN SAPRI DAN SUBAEDAH DIKUNJUNGI OLEH PRESIDEN PBM

MAJLIS PERKAHWINAN SAPRI DAN SUBAEDAH DIKUNJUNGI OLEH PRESIDEN PBM

Written By Unknown on Rabu, 13 November 2013 | 7:40 PG

MAJLIS PERKAHWINAN SAPRI DAN SUBAEDAH DIKUNJUNGI OLEH PRESIDEN PBM







Gombak - Majlis persandingan Sapri Bin Mas'od dengan pasangannya Siti Subaedah Binti Mas'odi  telah berjalan dengan lancar, mereka berdua adalah anak keturunan orang Bawean. Majlis yang diadakan di Dewan Muhibbah Taman Bolton Sri Gombak pada tarikh 10 september 2013 telah berjalan mengikut apa yang dirancang.

Anak kedua dari keluarga bapak Mas'od ini telah bertemu jodoh dengan Siti Subaedah rakan sekolah anak orang berketurunan Bawean dari Dusun Menara (Kalompek) telah rasmi menjadi isteri kepada pasangannya Sapri dan juga berketurunan Bawean dari Dusun Kuduk-kuduk. Pada hari sabtu malam minggunya tidak ada acara apa-apa hanya bacaan berzanji dan doa selamat sahaja yang di adakan dirumah Bapak Mas'od.



Waktu siangnya pula, majlis telah diadakan di Dewan Muhibbah kerana kawasan rumahnya yang agak terhad serta sempit, ia tidak menghalang walau pun jauh dari lokasi rumahnya. Tuan rumah telah memilih kawasan yang agak lapang serta tempat yang agak selesa dan  luas untuk kesenangan para tetamu yang hadir. 

Majlis bagi pihak perempuan pula telah diadakan pada hari ahad bersamaan 27 oktober 2013 lalu di Sungai Kertas rumah orang tua Subaedah sendiri.




Majlis pesandingan Sapri kemarin awalnya diarak dari luar dewan dengan paluan kompang oleh masyarakat Kuduk-Kuduk sehingga sampai ke dalam dewan. majlis itu juga telah diserikan dengan persembahan pencak silat melayu anak sekolah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas yang dipimpin oleh saudara Sulaiman atau Man beliau adalah anak yang ketiga dari keluarga bapak Mas'od.


Tepat sekitar jam 1.00 tengah hari, ketibaan Datuk Aziz Satar selaku Presiden PBM (Persatuan Bawean Malaysia) beserta Ajk-Ajknya yang lain. Orang ramai yang tidak menyedari kehadiran beliau terasa teruja dan terpegun seketika kerana tidak menyangka majlis itu dikunjungi oleh orang kenamaan sepertinya. Para tetamu majlis yang hadir pada ketika itu telah berpusu-pusu untuk mengambil gambar bersamanya walaupun ketika itu Datuk Aziz Satar sedang menjamu selera.




Pengerusi AOP (Anak Oreng Pebian) iaitu saudra Azroy Manaf juga tidak ketinggalan untuk turut serta pada majlis itu dan beliau juga telah menyampaikan risalah kepada orang ramai di sekitar majlis. Ketua masyarakat Kuduk-Kuduk juga turut menerima risalah dari saudara Azroy Manaf. Risalah tersebut mengenai kegiatan-kegiatan PBM pada bulan hadapan yang bertempat di Dewan Tertutup Taman Tasik Titiwangsa.
Saudara Azroy juga sempat membacakan isi risalah kepada orang ramai yang mengunjungi majlis itu dan menerangkannya dengan lengkap supaya tidak terlupa nantinya.


Majlis perkahwinan Sapri dan Subaedah habis sekitar jam 4.15 petang dan bapak Mas'od turut bersalaman kepada para warga masyarakat Kuduk-Kuduk di majlis itu sambil mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah membantu dari awal hingga berakhirnya majlis. - KKC




~khas untuk pasangan pengantin~
Aduhai Sapri dan juga Subaedah
janganlah risau janganlah gunda
ambik senang ambik mudah
pesan tok imam dalam khutbah nikah
sentiasa waras dalam susah
jangan seperti retak menunggu belah
rahsia dirumah jangan dibawa ketanah
disengar orang jadi fitnah
banyak sabar banyak tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah

Kami sertakan beberapa keping gambar di bawah ini untuk tatapan para pengunjung semua. Sapri dan Subaedah dilihat sangat bahagia melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Jadi, tahniah Editor ucapkan, semoga penyatuan dua hati ini akan membentuk sebuah keluarga besar pada masa akan datang.


























Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]