bule anakna oreng phebien . ALFATIHAH BUAT ARWAH YASUNI BIN YAHYA - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » ALFATIHAH BUAT ARWAH YASUNI BIN YAHYA

ALFATIHAH BUAT ARWAH YASUNI BIN YAHYA

Written By Unknown on Isnin, 4 November 2013 | 6:30 PTG


ALFATIHAH BUAT ARWAH 
YASUNI BIN YAHYA









Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun.....

Bismillahirrahmanirrahim....

Pengumuman kepada warga Kuduk-Kuduk dimana pun anda berada. Disini Admin ingin mengkahabarkan bahawa saudara kita YASUNI BIN YAHYA telah pulang kerahmatullah petang tadi.


Beliau tinggal di Tanjung Malim telah meninggal dunia sewaktu beliau sedang bekerja dan didapati telah meninggal didalam lorinya.

Arwah bekerja sebagai pemandu lori disyarikat Proton di Tanjung Malim
Beliau telah meninggalkan seorang isteri bernama Sumik dan anaknya enam orang iaitu Rahman, Jannah, Yus, Zura, Sofia dan Suhaimi. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Kita sama-sama sedekahkan Alfatihah diatas pemergian ARWAH. Bismillahirrahmanirrahim......
Amin....





 Alhamdulillah dgn segala puji bagi Allah Admin telah turut serta dlm pengkebumian arwah Yasuni Bin Yahya.





Arwah yang tinggal di Tanjung Malim telah di hantar ke Sg Cincin bertolak dari sana selepas subuh dan sampai di sini dlm sekitar 6.00pagi. Arwah telah disusuli oleh saudara terdekatnya iaitu Bpk Aswam beserta Ketua Masyarakat Kuduk-Kuduk di malaysia iaitu Bpk Salehan serta keluarga yang lain. Arwah telah di semadikan Perkuburan Sungai Pusu kerana di Tanjung Malim agak jauh dan juga saudaranya kebanyakan berada di kawasan Kuala Lumpur.






Alhamdulillah syukur segala urusan jenazah Arwah telah selesai sekitar jam 11.45 pagi tadi.

Admin paparkan gambar ini untuk tatapan keluarganya yang berada di Bawean, Jawa, Brunei, Sabah, Kelantan, Sarawak dan di Pahang.-KKC































Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]