bule anakna oreng phebien . GULA MERAH ALA BAWEAN - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » GULA MERAH ALA BAWEAN

GULA MERAH ALA BAWEAN

Written By Unknown on Jumaat, 1 November 2013 | 3:17 PG


Gula Merah Ala Bawean


Gula Merah, juga dikenali dengan nama Gula Tuak, merupakan salah satu sumber gula yang banyak terdapat di Bawean. Gula ini diperbuat daripada air nira aren iaitu dari keluarga Palma. Kemanisan dan kehalusan Gula Merah asli berbeza dengan gula merah tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.

Warga Bawean masih sinonim dengan pembuatan gula merah yang diperbuat dari cairan yang dikeluarkan dari bunga pohon Aren atau sebutan Baweannya air La,ang. Berikut di bawah ini gambar yang di perolehi sahabat KKC sewaktu beliau pulang ke bawean baru-baru ini.



Peringkat pertama dalam menghasilkan Gula Merah menggunakan buluh dan pengikatnya serta pisau yang dikenali sebagai "penghalang" untuk mengambil nira Aren. Setelah itu, mayang kelapa dilenturkan sedikit demi sedikit dengan membalutnya pada daun kelapa muda. Proses ini berterusan sehingga seminggu bagi mengelakkan tangkai mayang itu patah.




  Mayang yang dilentur dibuang seludangnya dan dihiris sedikit demi sedikit dan air nira ditakung ke dalam buluh yang sepanjang sekaki. Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit kapur untuk mencegah air nira daripada menjadi masam. Air nira ini dikenali sebagai "air tuak".


Pada peringkat kedua, proses memasak Gula Merah mengambil masa selama empat jam. Tempat memasak gula Merah dikenali sebagai "Kuali". Pada peringkat ini, pengawasan dan pengalaman adalah amat penting bagi menghasilkan gula yang baik. Api mesti dijaga agar tidak terlalu besar ketika gula mencapai peringkat ""bunga pohon Baru" dan menjadi pekat serta mengeluarkan buih-buih yang berwap panas. Dalam peringkat ini, gula dikacau dengan perlahan-lahan dan beberapa minit kemudian, kancah diturunkan dan gula itu terus dikacau bagi menghasilkan gula yang halus.



Dalam peringkat terakhir, gula yang dipastikan cukup pekat dan masih panas dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada buluh setinggi tiga inci yang tidak tertutup di kedua-dua hujung. Tabung diletakkan di atas lantai khas atau kalau di bawean Taraan. Setelah beku, gula tersebut dikeluarkan daripada bekas tersebut.-KKC






Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]