BAPAK MAS'OD MERASA TERUJA DI ATAS KEHADIRAN DATUK AZIZ SATAR
GOMBAK- Majlis perkahwinan anaknya minggu lepas, Bapak Mas'od merasa amat gembira dan sungguh berbesar hati kerana segala apa yang di impikan selama ini sudah tercapai. Kehadiran Datuk Aziz Satar dan Ajk-Ajk PBM (Persatuan Bawean Malaysia) dalam majlis perkahwinan anaknya tempoh hari adalah diatas keinginan bapak Mas'od sendiri.
Mengikut bapak Mas'od, tujuannya adalah untuk memperkenalkan serta mendekatkan lagi warga Kuduk-Kuduk kepada PBM dan mendukung segala progrem PBM demi penyatuan warga Bawean di Malaysia." kata bapak mas'od.
Kata bapak Mas'od lagi, jemputan orang terhormat sepertinya amat penting sekali kerana saya ingin perkenalkan Datuk Aziz Satar selaku Presiden PBM kepada warga Kuduk-Kuduk yang berada di Malaysia khususnya. Menurut bapak Mas'od juga, Dusun Kuduk-Kuduk jarang disebut-sebut oleh golongan masyarakat Bawean di Malaysia apa lagi di PBM ketika dulu."Ujarnya lagi.
Alhamdulillah dengan kehadiran Datuk Aziz Satar di majlis kemarin telah memuaskan hati saya, dimana selama ini hati berada dalam keadaan gunda gulana dibuatnya takut-takut beliau tidak dapat hadir.Kata bapak Mas'od lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan