bule anakna oreng phebien . ALFATIHAH BUAT ARWAH ALI REGENT - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » ALFATIHAH BUAT ARWAH ALI REGENT

ALFATIHAH BUAT ARWAH ALI REGENT

Written By Unknown on Ahad, 17 November 2013 | 4:10 PTG




 Alfatihah buat arwah Ali Regent







Gombak /17 Novembar 2013 -Terkejut Admin mendengar berita ini. Ali Regent meninggal dunia selepas magrib semalam. Berita ini telah disampaikan oleh Rofiqa Juhanwasil menerusi Facebook sebentar tadi sekitar jam 8.30 pagi tadi. Ali Regent yang berumur 28 tahun dan masih bujang tinggal bersama keluarganya di Kampung Changkat Gombak, Selangor. Arwah bekerja di Dynacommunications Sdn. Bhd. sebagai kerani di kepong telah mengalami kemalangan beberapa bulan lalu dan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh ketika itu. 


Rakan-rakannya di AOP (Anak Oreng Pebien) pada 30 jun 2013 pernah membuat pertandingan bowling amal bertujuan mengumpul dana untuk tabung bantuan Ali Regent yang sedang terlantar di Hospital Sg Buloh ketika itu. Menurut rakannya iaitu Rofiqa Juhanwasil, arwah adalah seorang yang baik serta selalu memberikan nasihat kepada rakan-rakan yang lain. 



Saudaranya Abdul Azis di AOP sebentar tadi memberitahu kepada Admin, jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa pulang ke rumahnya di jalan Changkat Bayu,Changkat Gombak pagi ini untuk dikebumikan. Menurut Abdul Azis lagi, Arwah akan dikebumikan pada jam 10 pagi ini mungkin dikebumikan di Pusat Perkuburan Sungai Pusu.



Salam takziah Admin ucapkan kepada keluarga Ali Regent semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah- KKC







Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]