Sambutan Majlis Halal Bihalal Masyarakat Kuduk-Kuduk di Malaysia 2013
Ditulis Oleh : Hefny Amany
Tarikh : 02 September 2013
Meriah. Lebih 50
warga Kuduk-Kuduk di Malaysia hadir pada majlis Halal Bihalal yang bertempat di
Taman Sri Gombak Indah pada hari Ahad bersamaan 01 September 2013. Masyarakat
yang hadir pada majlis kira-kira pukul 1.30 petang iaitu selepas Zohor. Majlis itu
dijamu dengan pelbagai hidangan menarik seprti Soto, Lontong, Sate, kuih muih dan
banyak lagi.
Dalam majlis itu Bpk
Salehan Rahim iaitu sebagai Lora atau ketua masyarakat turut memberi ucapan
Selamat Hari Raya kepada masyarakatnya. Selain itu juga beliau menasihati
supaya sentiasa merapatkan hubungan sesama kita dan elakkan persengketaan dalam
hidup bermasyarakat. Beberapa anggota AJK masyarakat yang memberi ucapan
seperti ketua pemuda Bpk Mas’od Hosni, penolong ketua pemuda Bpk Jumahat,
Bendahari Ahmat Tahir Fausi, penolongnya Bpk Wadi Rahim, Ketua kompang Bpk
Hamsa Walid, ketua agama Madani Majid serta bpk Abdul fatah hawa sebagai
penolonga agama untuk masyarakat.
Walaupun hujan lebat
pada hari itu, majlis tetap berjalan seperti biasadan tidak mematahkan semangat
masyarakat yang hadir untuk mendengar nasihat-nasihat serta pandangan dari Bpk
Salehan Rahim pada waktu itu. Ramai masyarakat kami yang tidak hadir mungkin
kerana hujan atau mungkin kerana ada undangan kahwin atau pun mungkin ada halangan lain yang tidak dapat
dielakkan.
Majlis Halal Bihalal
sebenarnya telah ditetapkan pada hari sabtu namun telah ditunda kepada hari
ahad ke esokan harinya kerana ada majlis pernikahan bagi pihakkeluarga Bpk
Madani Majid. Mungkin juga salah satu factor kehadiran kurang memberangsangkan kerana
disebabkan ditunda kepada hari lain.”kata Bpk Abdul Rasid.
Majlis telah di
kendalikan oleh Bpk Abdul Rasid Rifae sebagai setiausaha masyarakat kami dan menurut
Bpk Abdul Rasid Rifae, Majlis Halal Bihalal itu antara lain bertujuan mengeratkan
hubungan antara masyarakat kuduk-kuduk yang ada di Malaysia.
- Kuduk-Kuduk Channels
Tiada ulasan:
Catat Ulasan