bule anakna oreng phebien . DI DESA KUDUK-KUDUK MENGGUNAKAN PLN SECARA SISTEM TOPUP - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » DI DESA KUDUK-KUDUK MENGGUNAKAN PLN SECARA SISTEM TOPUP

DI DESA KUDUK-KUDUK MENGGUNAKAN PLN SECARA SISTEM TOPUP

Written By Unknown on Selasa, 27 Ogos 2013 | 12:34 PTG


Di Desa Kuduk-Kuduk mengunakan PLN secara sistem Topup






Ditulis Oleh : Hefny Amany
Tarikh : 27 Ogos 2013

Desa Kuduk-kuduk Patarselamat. Kemajuan dunia telah menukar segala apa yang telah sedia ada kerana ingin maju kehadapan dan berlumba-lumba mencari kehidupan yang lebih baik. Dengan kamajuan yang di alami Negara Indonesia kini hingga menempias ke Pulau Bawean  membuat Perusahaan Listrik Negara (PLN) menukar kepada sistem Top-up atau Prabayar seperti bil telefon bimbit. Mungkin pendapat pihak PLN dengan membuat system prabayar seperti ini untuk mengelakkan masalah yang selalu mendapat rungutan dari pihak pelanggan mengenai pembacaan meter yang tidak tepat. Sistem seperti ini juga sangat menguntungkan pihak PLN sendiri dengan penerimaan duit yang lebih lancar dan efektif kerana terus disalurkan ke akaun pihak PLN dan tidak melalui tangan-tangan lain.



Mengikut cerita dari Bpk Hasan Hannan dari desa Kuduk-Kuduk, Patarselamat Sangkapura, penggunaan system secara prabayar yang digunakan di Desa Kuduk-Kuduk yang telah masuk eletriknya pada tahun 2004 dan dipasang dengan sisitem baru ini pada tahun 2010 ianya amat berguna sekali. Tetapi beliau merasa heran dan muskil kenapa system seperti ini baru diperkenalkan di Bawean padahal system ini telah disebarkan di seluruh pelosok Indonesia.’’Ujarnya.




Mengikut apa kata Bpk Hasan Hannan tadi, sistem seperti ini sangat sesuai bagi mengelakkan pekerja yang ditugaskan oleh PLN tidak memaksa atau meminta-minta kepada pihak pengguna sehinggakan ada petugas PLN yang telah dimarahi oleh pihak penggun. Mengikut apa kata beliau juga ianya wajar diganti dengan sistem seperti ini bagi mengelakkan petugas PLN mengambil duit masuk poket sendiri kerana pengguna membayar secara tunai kepada petugas PLN tersebut.




Mengikut Bpk Hasan Hannan lagi, sampai sekarang tidak mendengar cerita-cerita mengenai system prabayar PLN ini, Bahkan di Desa Menara yang juga jiran Desa Kuduk-Kuduk masih menggunakan Sistem bermeter lama, mungkin kerana Desa Menara telah menerima saluran PLN lebih awal dari Desa Kuduk-Kuduk atau pun mungkin pihak PLN sendiri mengambil kesempatan dengan kepesatan penduduk di Desa Menara, pihak PLN sengaja melewat-lewatkan pelancaran system ini di desa tersebut kerana system lama terang-terang menguntungkan pihak atasan PLN dengan adanya system denda.
-Kuduk-Kuduk Channels





Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]