bule anakna oreng phebien . KEMAJUAN MERUBAH SUASANA BAWEAN - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » KEMAJUAN MERUBAH SUASANA BAWEAN

KEMAJUAN MERUBAH SUASANA BAWEAN

Written By Unknown on Isnin, 19 Ogos 2013 | 5:28 PTG



KEMAJUAN MERUBAH SUASANA BAWEAN






Ditulis oleh : Hefny Amany

Tidak kering gusi mendengar cerita-cerita terbaru khabar dari Bawean pada masa kini. Peredaran masa amat pantas sehinggakan telah ada dari segi apa pun dari yang anak kecil sampai lah yang dewasa. Zaman kecilku telah berlalu jauh sehingga segala permainan yang sering dulunya saya mainkan tidak lagi diguna pakai lagi disebabkan arus perubahan yang telah menjadikan segalanya perlu diubah. Pulau Bawean kini tidak ketinggalan dari segi apapun kerana telah mendapat dorongan dari orang tuanya yang sering mengirimi dari segi keuwangan mahupun barang – barang elektrik dan eletronik dari Malaysia contohnya telefon pintar umpamanya. Bawean adalah sebuah pulau kecil yang terpinggir dari arus pembangunan dan pulau Bawean juga namanya jarang di sebut di media Indonesia, namun hasil buminya terlalu banyak sehinggakan setiap hari di hantar ke Jawa untuk di komersilkan.


Ramai masyarakat Bawean telah meninggalkan Bawean demi untuk mencari kehidupan yang lebih selesa, umpamanya ke negara-negara yang dituju seperti Australia,Kemboja, Brunei, Singapora dan Malaysia. Mengikut cerita dari onyang saya, Orang Bawean berhijrah ke Malaysia dari tahun 1911 iaitu sebelum perang Jepun lagi. Mengikut cerita pekerjaan yang di jalankan di Malaysia adalah seperti bercucuk tanam pada waktu itu, sampailah pada tahun 1950 pekerjaan mereka ini bertukar kepada menjaga kuda, menjadi sebagai tukang cuci dan menjadi tukang atau menjadi buruh binaan sampailah sekarang. Memang tak nafikan dari keluarga saya sahaja kalau dikira dari awal samapilah kini sudah mencapai lima keturunan bahkan Onyang saya sampai kini masih hidup dan beliau menetap di Ampang Tasik.


Disebabkan dahulunya anak jati Bawean pergi mencari pekerjaan keluar negara, mejoriti bagi kaum lelaki dan ada juga yang membawa anak dan isterinya sekali. Dari dulu bahkan sampai lah sekarang masih serupa langsung tiada perubahan, dengar cerita segala harta yang diwarisinya telah dikelolah oleh saudara maranya. Disebabkan berlakunya penghijrahan beramai-ramai oleh masyarakat Bawean sendiri dan meninggalkan kampung halaman mereka, maka dengan perlahan-lahan juga orang Madura dan Jawa menyusup masuk ke bawean untuk mencari penempatan baru.

Di Sangkapura sendiri kalau anda pergi ke Pulau Bawean setiap kedai dan pasar telah di isi oleh orang luar seperti orang Jawa dan Madura bahkan kedai makan dan kedai buah-buahan juga telah dipenuhi dengan orang Jawa. Kita mencari rezki di Negara orang  dan orang Jawa pula mencari rezki di Pulau Bawean. Tapi Alhamdulillah walaupun etnik Madura dan Jawa masuk ke Bawean, segala pengurusan dari segi ketua dan undang-undang masih orang Bawean yang memegangnya dan agama Islam tetap menjadi agama rasmi di Pulau Bawean.

Pulau Bawean yang penduduknya seratus peratus beragama Islam dan mejoritinya juga penduduk asal Bawean, Cuma beberapa kelompok etnik ini iaitu orang Jawa dan Madura masuk ke Bawean kerana mencari penempatan baru. Contohnya disana di Desa Cukil umpamanya sehinggakan Desa Cukil kacamatan Sangkapura cara loghat bahasanya di pengaruhi dengan bahasa Madura walau pun mejoroiti adalah Masyarakat Bawean di Desa itu dan separuhnya adalah etnik Madura yang datang mencari pemastautin. Sama juga di Kacamatan Tambak kebanyakan penempatan disana telah didominasi oleh orang Madura dan bahasanya juga turut sama dipengaruhi loghat Madura sampailah sekarang.

Itu semua tidak heran dan yang paling penting isunya kini adalah arus penukaran zaman yang menjadi bualan hangat masa kini. Teknologi telah menukar segalanya, adalah yang terkini penghubungan yang paling cepat dan jelas serta selamat dari perhubungan seperti surat menyurat pada masa lalu. Teknologi seperti telefon bmbit serta Internet yang telah berkembang luas di Bawean dan kebelakangan ini juga ramai diantaranya hususnya MasyarakatBawean tidak lagi menggunakan surat menyurat untuk berhubung ke Malaysia bahkan kenegara manapun kecuali urusan seperti telegram. Bahkan dengan kewujudan telefon dan Internet ini Masyarakat Bawean sekarang  tidak lagi perlu kepulau Jawa untuk berurusan dengan Internet cukup di bawean sahaja sudah cukup buat masa ini.

AdanyaTelefon dan  Internet ini kita semua dapat mendekatkan lagi hubungan dengan yang jauh menjadi seakan-akan dekat dari pandangan mata. Yang terbaru Laman Facebook yang telah menjadi fenomina disana telah menular bahkan  sampai ke alam sekolah,kekuliah dan Pesantrean pun menggunakannya. Dahulunya pada tahun 2000 laman Sosial ini hanya boleh dingguna melalui komputer atau Laptop(Komputer Riba) tetapi kini boleh di guna denga melalui Telefon bimbit dan yang paling terkenal masa kini jenama telefon seperti Samsung dan blackberry kerana harganya berpatutan serta kecil mudah di pakai dan di bawa kemana-mana.

Aplikasi pesanan mesej seperti WECHAT, WHATSAPP dan yang terbaru LINE juga apa kurangnya dengan secara Live anda boleh terus berhubung kepada rakan anda di Bawean contohnya seperti saya, baru-baru ini saya telah menggunakan aplikasi WeChat untuk berhubung dengan Bpk Osman Walid di Desa Kuduk-Kuduk dimana beliau pergi ke Sangkapura untuk menonton Dangdut sempena sambutan Hari Raya. Bpk Osman Walid juga semasa berada disana sempat mengirimkan gambar kepada saya setelah saya membuat permintaan dari beliau supaya menghantar gambar suasana disana.

Sungguh menakjubkan sekali dan kepada sahabat-sahabat saya ayuh maju kehadapan jangan sampai ketinggalan dari arus pemodenan dunia masakini. Laman sosial ini contohnya kalau dipakai dengan betul tidak sesekali memudaratkan kepada orang lain bahkan membawa kebaikan dari segi perhubungan atau juga untuk mencari persaudaraan sesama kita.

Namun, saya berharap rakan di Bawean dan dimana pun juga anda berada tolong jangan sesekali ianya di jadikan bahan untuk keburukan kerana akan membawa hak peribadi anda terancam kerana perkembangan arus pemodenan ini. Setiap Negara mempunyai undang-undang sistem internet yang sentiasa memantau individu yang melanggar undang-undang. Jika menggunakan laman sosial ini untuk melanggar undang-undang, maka anda akan bertemu dengan pihak yang berwajib yang membolehkan hukuman keatas anda jika disabit kesalahan.- Kuduk-Kuduk Channels






Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]