bule anakna oreng phebien . UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI ADMIN KUDUK-KUDUK CHANNELS - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI ADMIN KUDUK-KUDUK CHANNELS

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI ADMIN KUDUK-KUDUK CHANNELS

Written By Unknown on Selasa, 6 Ogos 2013 | 3:41 PG

Ucapan Selamat Hari Raya dari Admin Kuduk-Kuduk Channels






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tinggal lebih kurang dua hari sahaja lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Puasa atau juga dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri. Pada ketika ini, saya percaya tentu ramai rakan-rakan kita yang telah mengambil cuti untuk pulang berhari raya ke kampung halaman.. Memandangkan sekolah sudah mula bercuti pada hari Khamis lepas.

Tentu sambutan hari raya AidilFitri di kampung lebih meriah berbanding sambutan hari raya di bandar.. Di Kampung Anak dan Cucu berkumpul beramai-ramai.. Bolehlah sama-sama bergotong royong memasak lemang, ketupat, mengacau dodol, memasak rendang, lauk pauk dan pelbagai juadah untuk persiapan hari raya.

Kata orang yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.. Alangkah Meriahnya kehidupan di kampung.

Menjelang satu Syawal bolehlah bersolat sunat Aidilfitri secara berjemaah di surau-surau atau di Masjid... Pasti penuh kebanyakan saf di surau-surau atau masjid yang terdapat di Kampung.. Maklumlah orang bandar semua pulang ke kampung.

Selepas selesai menunaikan solat Sunat Aidilfitri, bolehlah saling-bermaaf-maafan di antara satu sama lain... Kemudian kunjung mengunjungi jiran tetangga atau menziarahi pusara kaum keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah... Pada kesempatan yang ada juga, masing-masing boleh saling berkenal-kenalan dengan anak dan saudara mara jiran tetangga.. Boleh bertukar-tukar nombor telefon untuk menambahkan kenalan.. Secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhuwah dan tali siratulrahim di antara kita.

Sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri.. Seperti yang anda semua sedia maklum, kita berada dalam lingkungan malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.. Justeru itu kita digalakkan untuk menghidupkan malam-malam ini dengan melaksanakan ibadah-ibadah sunat seperti solat Terawikh, membaca Al-Quran, Melaksanakan solat sunat Tahajud, solat sunat hajat, solat sunat tasbih, berishtighfar, berzikir, bertasbih dan sebagainya.   

Sambil kita berkumpul bersama seisi keluarga mungkin kita dapat melaksanakan ibadah-ibadah ini secara bersama-sama supaya seisi keluarga turut mendapat Fadhilatnya... Sambil tu bolehlah bancuh kopi pekat dan minum bersama-sama sambil bersembang atau sesekali bergurau senda, supaya dapat meredakan  sedikit perasaan mengantuk.

Semoga ibadah kita di terima oleh Allah S.W.T. dan Alangkah indahnya sekiranya hari raya kita disertai dengan kemanisan beribadah bersama seisi keluarga.. Selepas itu, tentu berseri-seri rasa di hati apabila nak menghantar sms ucapan hari raya kepada saudara mara, sahabat handai dan kenalan.

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya Djoko, Admin Kuduk-Kuduk Channels ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua sahabat #KKC semua.Wassalam...










Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]