bule anakna oreng phebien . BAHASA BAWEAN MASIH BELUM MEMPUNYAI EJAAN RASMI - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » BAHASA BAWEAN MASIH BELUM MEMPUNYAI EJAAN RASMI

BAHASA BAWEAN MASIH BELUM MEMPUNYAI EJAAN RASMI

Written By Unknown on Rabu, 11 September 2013 | 12:06 PTG


BAHASA BAWEAN MASIH BELUM MEMPUNYAI EJAAN RASMI






Bahasa Bawean yang dipaparkan di sini adalah
 BAHASA BAWEAN iaitu Bahasa Bawean yang dituturkan oleh orang-orang Bawean yang telah lama bermastautin di Singapura dan Malaysia. Perkataan-perkataan yang digunakan banyak yang diserap atau diadaptasi dari Bahasa Melayu asli dan Bahasa Melayu yang diambil dari Bahasa Inggeris. 

Bahasa Bawean bersandarkan enam huruf vocal (vowel) yang juga disebut huruf saksi (a,e,ë,i,o,u). Bahasa Bawean mempunyai 17 konsonan (b,c,d,g,h,j,k,l,m,n,o,p,r,s,t,w,y). Konsonan (f,q,v,z) kurang didapati dalam Bahasa Bawean.

Contoh-contoh perkataan dalam Bahasa Bawean yang menggunakan vowel
:

  1)   a : anak = anak

 2)   e : ehson = aku
         
3)  ë : ëmphën = dukung

4
)  i : ijëb = ijab

5
) o : oreng  =  orang

 6) u : ulët  = ulat (olak)

Bahasa Bawean belum mempunyai kaedah / pedoman ejaan rasmi. Perkataan Bahasa Bawean dieja dan disebut mengikut bunyinya (fonetik). Setiap dusun di Bawean mempunyai bunyi yang berlainan kadang-kadang ada yang tidak memahami dengan panggilan atau gelaran apa lagi kalau dari Desa Tambak ke Desa Sangkapura perbezaan sangat ketara.

Sebab itu mungkin Perkataan Bahasa Bawean belum rasmi, cuma hanya di panggil mengikut sebutan bunyi. Kadang-kadang bila kita ingin menulis perkataan bahasa Bawean nampak rasa kekok dan tidak betul cuma bagi orang yang sudah biasa menulis bahasa Bawean sahaja yang mungkin betul contohnya PEBIEN, PHEBIYEN ATAU BHEBIEN. Perkataan itu ditulis bila kita menggunakan sebutan pertuturan yang sering kita gunakan setiap hari.
-Kuduk-Kuduk Channels










Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]