Sambutan Karnival kebudayaan & Kesenian Bawean Malaysia cawangan Negeri Johor
Ditulis Oleh : Djoko
Tarikh : 18 September 2013
Ulu Tiram Johor - Seramai 70 warga Bawean Kuala Lumpur dengan gabungan Persatuan Bawean Malaysia dan Anak Oreng Pebien telah turun ke Ulu Tiram, johor untuk menjayakan Karnival Kebudayaa dan Kesenian Hari Malaysia. Kernival yang dianjurgan oleh Persatuan Bawean Malaysia cawangan Negeri Johor yang di sokong oleh Perbadanan Negeri Johor berakhir dengan jayanya. Karnival bermula tepat 9.00 pagi telah dirasmikan oleh YB Datuk Zulkarnain Bin Kamisan selaku Exco Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Johor.
Menurut Azroy Manaf, Karnival ini di adakan ianya amat bertepatan dengan Hari Malaysia yang di sambut setiap tahun pada 16 September oleh rakyat malaysia. Penganjuran seperti ini amat bagus sekali diadakan kerana ianya bagi untuk memperomosikan kebudayaan dan kesenian masyarakat Bawean di Negeri Johor. Ianya juga diadakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara masyarakat Bawean di Johor.
Edisi Bergambar:
Berikut adalah ucapan terima kasih Azroy Manaf kepada rakan-rakan di Anak Oreng Pebien (AOP) kerana memberi kerja sama yang sangat menggalakkan.
Assalamualaikum W.H.B terutama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Aron Pertaje kerana telah membantu saya dalam melaksanakan usaha dan tanggungjawab sebelum dan selepas program KARNIVAL KEBUDAYAAN & KESENIAN di johor. Tidak lupa jutaan terima kasih dan mohon maaf kepada semua ahli AOP Kuala Lumpur yang telah mengikut rombongan ke Sungai Tiram tempo hari jika ada kesilapan atau kelancangan kata-kata saya sepanjang progrem berlangsung saya mohon maaf. Walaupun pelbagai masalah dan kesulitan yang telah dihadapi tetap anda semua memberi kerjasama yang baik. Kita telah menjadi satu family.
ANDA BERSEDIH KAMI DISISI
ANDA GEMBIRA KAMI TAMBAH CERIA
AOP UNTUK SEMUA
AOP SELAMANYA
*Gambar-gambar di atas ini adalah dari sahabat KKC Aron Pertaje dan Epul Segambut sewaktu Karnival Kebudayaan dan kesenian Bawean Malaysia peringkat Negeri Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan