bule anakna oreng phebien . PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA PUMA MAHALI JASULI 2013 - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA PUMA MAHALI JASULI 2013

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA PUMA MAHALI JASULI 2013

Written By Unknown on Rabu, 18 September 2013 | 8:47 PG


Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Puma Mahali jasuli 2013






Gombak, Selangor- Pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh PGM ( Persatuan Gelam Malaysia ) dan GB7 FC (Gombak Batu Tujuh FC) di Malaysia berjalan dengan lancarnya. Pertandingan bola sepak kali ini menawarkan Piala Pusingan Puma Mahali Jasuli kepada pasukan bola sepak atau kelab sekitar Lembah Kelang sahaja. Bertempat di Padang Bola Sepak Sek.Men.Keb. Sungai Pusu Gombak, kejohanan ini yang berlangsung seawal 9pagi telah menarik ramai anak-anak muda sekitar kawasan gombak untuk turut serta mengambil bahagian. Sermai 60 buah pasukan bola sepak telah menyertai pertandingan  ini yang pertama-tama kali di anjurkan oleh GB7 Fc dan Persatuan Gelam malaysia yang mengambil masa 2 hari, hari ahad dan isnin. 




Pasukan Bola sepak GB7 FC 
( PENGANJUR )


Penyertaan dalam pertandingan ini amat memberangsangkan walaupun ianya pertandingan kalah mati ianya tetap menjadi plihan untuk pasukan yang bertanding.

Carta Perlawanan


Ada pertelingkana sedikit sekitar jam 12 tengahari pada hari isnin kerana ada pemain tidak puas hati setelah Refree melayangkan kad merah kepada salah satu pemain kerana membuat terjahan keras di hadapan pintu gol, mujur pihak penganjur dapat menyelesaikan pertelingkahan itu dengan bantuan Petugas Khas 


 Ayie ketua pasukan Rosa Fc


Juara pertama pasukan dari Rosa Fc ( Melayu )


kedua pasukan dari Chandi Baersatu ( Bawean )

ketiga pasukan dari PEBT Zon 14 ( Melayu )


                                      keempat pasukan dari Megah Fc ( Bawean )


Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Bpk. Jasuli sebagai pengganti anaknya iaitu Mahali jasuli kerana ada urusan penting. Juara pertandingan telah di menangai oleh Pasukan Rosa fc yang berasal dari kelab Melayu dan menerima hadiah wang tunai sebanak RM1200.00 piala pusingan beserta piala iringan. RM 700.00 untuk pemenang tempat kedua beserta piala iringan yang telah di menangi oleh pasukan bola sepak Chandi Bersatu yang diwakili oleh anak muda warga Bawean Malaysia. Mana kala tempat ketiga wang tunai RM400.00 beserta Piala Iringan di menangi oleh pasukan PEBT Zon 14 dari kelab Melayu gombak. Serta tempat keempat menerima wang tunai sebanyak RM200.00 sahaja oleh pasukan Megah Fc. Penerima seguhati turut diberikan kepada  pasukan GLM fc, GB7 fc, SPPK fc dan Payung fc kerana telah mendapat tempat kelima dan keenam.



Pasukan Veteran Gelam

Peniaga-peniaga apa kurangnya tidak lepaskan peluang mengambil kesempatan berniaga sempena pertandingan itu berlangsung dengan tiga buah gerai telah dibuka dan gerai pertama menjual Burger, buah buahan beserta air, gerai kedua pula menjual bakso serta air dan gerai yang ke tiga menjual nuggets, hotdog, baju sukan dan lain-lain. Mengikut tuan punya gerai yang kedua tadi, beliau tinggal berhampiran kawasan pertandingan dan beliau adalah masyarakat gelam yang tinggal di malaysia ini. - Kuduk-Kuduk Channels



Gerai pertama yang paling spoting 


Tiga gerai telah didirikan di belakang padang




Edisi bergambar:~








Pasukan bola sepak Kuduk-Kuduk (KDK fc)



Pasukan SGB Sg Buloh
Peminat-minat sedang menonton perlawanan






















Bpk Cakwang memberi hadiah seguhati kepada Bpk jasuli






Anugerah Khas untuk ketua pengerusi  dan untuk Kiai Ali

Penerima seguhati

Penerima seguhati

Hadiah segu hati pemenang ke lima & ke enam

Pemain terbaik menerima hadiah kasut tajaan puma



Pemain terbaik telah dimenai pasukan Rosa Fc






Juara pasukan Rosa Fc yang di ketuai oleh Ayie













Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]