Ditulis Oleh : Djoko
Tarikh : 13 Sept 2013
Gombak, selangor - Persatuan bola sepak kampung gelam telah menganjurkan perlawanan bola sepak 9 sebelah yang bertempat di Sungai Pusu, Gombak. Pertandingan ini telah di ilhamkan oleh En. Kamaruzzaman serta mendapat dorongan oleh masyarakat Gelam di Malaysia ini kerana ada diantara anak mereka yang berketurunan Gelam telah menjadi pemain bola sepak kebangsaan Malaysia iaitu Mahali Bin Jasuli. Berikut dibawah ini adalah penerangan dan atur cara perlawanan:
Anjuran : GB - 7 FC ( Masayarakat Gelam di Malaysia)
Tarikh : 15 & 16 Sept 2013
Masa : 8 pagi - 7 petang
Tempat : Padang Bola Sepak Sek. Men. Keb. Sungai Pusu Gombak.
Pertanyaan : En Nuruzzaman, Saiful Bahri, Safwan dan Saiful Hamid
Saiful Bahri
Malam tadi pihak media kami telah dijemput untuk membuat pergambaran suasana ditempat pengundian disana. En. Saiful Bahri yang telah menjadi pengerusi pertandingan telah membuat penerangan kepada semua wakil-wakil peserta yang akan bertanding. Mengikut En. Saiful bahri kejohanan ini dinamakan kejohanan bola sepak 9 sebelah KALAH MATI PIALA MAHALI JASULI. Kejohanan ini terbuka kepada semua pasukan serta kelab sekitar Lembah Kelang sahaja dan setiap permohonan hendaklah dibuat melalui penyertaan rasmi yang dikeluarkan oleh urusetia kejohanan di mana semua maklumat dan sayarat hendaklah dipenuhi dan dipatuhi."Katanya.
Wakil dari Sg. Buluh membuat bayaran awal
Dan katanya lagi, Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan 12 orang pemain dan seorang pengurus sahaja serta senarai pemain hendaklah disertakan bersama-sama borang penyertaan semasa membuat pendaftaran. Dalam pertandingan ini juga setiap pemain di wajibkan hanya bermain untuk 1 pasukan sahaja. Format pertandingan ini adalah secara kalah mati bermaksud bila kalah tidak boleh main lagi dan pertandingan ini terhad kepada 64 pasukan sahaja.
Ujar beliau lagi, Masa permainan adalah 7 minit x 7 minit dan jika kedudukan seri, 3 tiga tendangan penalti akan dijalankan dan jika masih seri lagi tengangan penalti" SUDDEN DEATH" akan dijalankan. Jika masih seri lagi, penentuan kemenangan akan dilakukan dengan lambungan syiling. Lebih 50 wakil pasukan telah hadir mlm tadi ditempat pengundian, serta tidak lupa ada beberapa team kaum India yang telah hadirkan diri di malam itu. Wakil-wakil datang seawal jam 8 mlm dan ada hadir sambil bersembahyang isyak di surau ditempat pengundian pasukan serta mereka terdiri dariada Sungai Buloh, dari Ampang, Segambut dan banyak lagi.
Yuran penyertaan untuk kejohanan ini setiap pasukan RM130.00 dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan jika pasukan gagal untuk menghadirkan diri pada masa kejohanan berlangsung dan pasukan tersebut akan disingkirkan dari kejohanan." jelasnya lagi.
-Kuduk-Kuduk Channels
Lokasi pengundian di surau batu 7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan