Mohon Doanya Masyarakat Untuk Bapak Sanim
Tarikh : 11 september 2013
Kajang, Selangor - Mohon doa orang ramai saudara kita Bpk. Sanim bin Usri telah dimasukkan ke Hospital Kajang dan telah ditempatkan ke bahagian ICU pada hari selasa pagi kerana semput tak sedarkan diri sekitar pukul 2 pagi. Bpk. Sanim yang tinggal di Taman Industri Kajang sebelum ini telah mengalami penyakit yang sama dan tidak lama kemudian beliau sembuh dari penyakitnya. Bpk. Sanim yang yang memiliki lima anak dari hasil perkongsian hidup bersama Cik Salma telah kehilangan anak sulungnya yang bernama Shamsuddin kerana kecelakaan jalan raya.
Bpk. Sanim berasal dari keluarga yang sederhana memohon doa dari orang ramai supaya beliau cepat sembuh kerana beliau sampai sekarang masih belum pulih dari sakit yang di alami. Admin mengharapkan agar masyarakat kampung Kuduk-Kuduk dan sahabatnya dapat sama-sama membuat bacaan doa mohon dari Allah supaya Bpk. Sanim cepat sembuh seperti sedia kala.
Mengikut cerita yang Admin terima, Bpk. Sanim telah mengalami penyakit darah tinggi dan kini beliau telah sedarkan diri, mengikut apa kata doktor, Bpk. Sanim juga telah mengalami kencing manis serta sakit buah pinggang dan mengikut cerita lagi kuman sudah berjangkit ke paru-parunya. Informasi terkini sampai sekarang beliau telah boleh mengeluarkan suara dan bercakap.- Kuduk-Kuduk Channels
Mengikut cerita terbaru yang kami terima Bpk sanim sekarang sudah pulang kerumah tetapi tidak lah sesihat seperti mana orang lain. Beliau masih tidur dan tidak boleh bangun lagi semoga doa kalian dapat meringankan bebang penderitaannya Insyaallah.Amin./...
BalasPadam#KKC