bule anakna oreng phebien . MASYARAKAT BAWEAN JOHOR PERTAHAN SENI TRADISI - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » MASYARAKAT BAWEAN JOHOR PERTAHAN SENI TRADISI

MASYARAKAT BAWEAN JOHOR PERTAHAN SENI TRADISI

Written By Unknown on Ahad, 22 September 2013 | 5:11 PG


Masyarakat Bawean Johor Pertahan Seni Tradisi








JOHOR BAHRU – Masyarakat khususnya golongan muda digesa mengenali kepelbagaian kesenian tradisional di negara ini agar tidak lapuk ditelan zaman, sekali gus terus diwarisi generasi pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Tebrau, Khoo Soo Seang berkata, pelbagai program berkaitan perlu diadakan bagi memastikan kelangsungan seni warisan ini.

Menurutnya, kesedaran tersebut harus disemai dalam diri setiap individu yang mana menjadi platform memperingati hari bersejarah termasuk penubuhan Malaysia.

“Generasi muda diharap dapat mengenali dan menanam minat terhadap kesenian tradisional dan mempertahankannya supaya kewujudannya dikekalkan pada masa akan datang.

“Negara kita sememangnya kaya dengan pelbagai jenis kesenian, secara tidak langsung ia dapat memperkenalkan pelbagai jenis kebudayaan daripada masyarakat berbilang kaum yang ada di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kebudayaan dan Kesenian Hari Malaysia di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, Ulu Tiram, anjuran Persatuan Bawean Malaysia (PBM) Cawangan negeri, semalam.

Hadir sama, Pengerusi PBM, Datuk Abdol Azez Sattar; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia negeri, Abd Hamid Muhammad; Adun Tebrau, Datuk Maulizan Bujang; Penghulu Mukim Sungai Tiram, Harun Madun; Ketua Kampung Sungai Tiram, Sidek Sarmidi dan Pengerusi PBM Cawangan negeri, Suhaili Helmi.

Pada majlis berkenaan, pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian dipertontonkan di hadapan kira-kira 300 pengunjung termasuk tarian inang; tarian kerenchegan masyarakat Bawean; persembahan kuda kepang; mandailing; hadrah dan pencak
silat.

Soo Seang berkata, penganjuran program itu memupuk semangat cintakan negara dan budaya masyarakat Bawean di kalangan generasi muda, secara tidak langsung memperkenalkan pelbagai jenis kebudayaan masyarakat tersebut.

“Saya difahamkan PBM ditubuhkan sejak 1951 dengan objektif sebagai galakan mengadakan aktiviti kemasyarakatan masyarakat tersebut serta menggalakkan aktiviti kebudayaan serta memupuk keharmonian dan kebudayaan,” katanya.- sinar harian






Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]