SIAPA SAIFUL AMAR SUDAR
Ditulis Oleh : Hefny Amany
Bertarikh : 25 September 2013
Di Malaysia ini ramai orang melayu yang berketurunan dari
Indonesia iaitu seperti melayu Banjar, Bugis, Minang, Jawa dan Boyan atau
Bawean. Kini saya ingin menceritakan pemain bola sepak yang pernah menjadi
penjaga gawang utama Malaysia waktu ketika dulu iaitu sebelum Apex. Beliau
adalah Saiful Amar Sudar yang berketurunan Orang Bawean yang sekarang telah
menjadi penjaga gawang pasukan Sarawak.
Mengikut cerita orang ramai yang berketurunan bawean, ayah
Saiful Baweannya adalah dari Dusun Menara yang tinggal di segambut lebih kurang 30 tahun lalu. Saiful hanya mempunyai dua orang saudara lelaki dari hasil
perkahwinan bapanya Bpk sudar dengan isterinya. Ayah Saiful yang bekerja
sebagai buruh binaan masih fasih bertutur dalam bahasa Bawean dan bahasa
pertuturan dirumahnya pun masih menggunakan bahasa bawean bercampur Melayu.
Saiful yang tinggal di segambut dalam dan rumahnya
berhampiran masjid rata-rata yang tinggal di kawasan itu orang Melayu dan orang
Bawean sahaja dan Saiful waktu zaman remajanya telah bersekolah di Sek. Men.
Keb Raja Ali Kuala Lumpur. Beliau memulakan kareanya sebagai penjaga gawang di
pasukan KLFA sekitar tahun 2001. Beliau adalah penjaga gawang yang sangat
kental sering dilebel kereta kebal dan beliau juga selalu mendapat pujian dari kawan-kawan
sepasukan waktu itu kerana keberaniannya dalam setiap perlawanan.
Dengan ketangkasannya itu, lalu Saiful telah dilamar oleh
pasukan Selangor untuk mengisi kekosongan di barisan utama. Saiful di Selangor tidak
lama cuma beberapa musim sahaja dan terus dilamar oleh PKNS yang berstatus
kelab yang ketika itu PKNS berada di division dua.
Saiful yang kini berstatus berkeluarga telah dikurniakan
seorang cahaya mata dan beliau bermain untuk pasukan Sarawak dari beberapa
musim yang lalu sampailah sekarang. Saiful waktu itu tidaklah terkenal seperti
mana Mahali Jasuli kini mungkin kerana beliau hanya menjadi penjaga gawang dan
bukannya menjadi penyerang atau pemain posisi kiri dan kanan.
Semoga Saiful Amar Sudar menjadi Ikon anak-anak muda lainnya untuk
menjadi ikutan memartabatkan lagi etnik Bawean di Negara ini dengan dapat
mengharumkan nama Malaysia yang kita cintai.-KKC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan