PERTANDINGAN BOWLING AMAL AOP TAHUN 2013
Media: Kuduk-Kuduk Channels
Ditulis Oleh: Djoko
Tarikh: 15 Julai 2013
Brem Mall, Kepong / 30 Jun 2013 – Seramai 25
kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai 4 orang perserta termasuk 50
orang yang jadi penonton telah ikut serta menghadiri Pertandingan Bowling Amal “AOP”
yang bertujuan mengumpul dana untuk Tabung Bantuan Ali Regent yang sedang
terlantar di Hospital Sg Buloh. Program kali kedua yang dianjurkan oleh Anak
Oreng Pebien (AOP) ini disokong oleh saudara Nasihen Sanawi dari Atlit memanah
kebangsaan Malaysia selaku ikon sukan AOP.
Majlis telah dirasmikan oleh saudara Azroy
Manaf, sebagai pengasas Anak Oreng Pebiyen (AOP) tepat sahaja jam 12.30
tengahari balingan terbaik beliau dengan kejatuhan 9 pin menandakan bermulanya
pelancaran pertandingan amal ini. Riak wajah para sukarelawan dan dermawan yang
menyertai pertandingan ini ternyata semakin berkobar-kobar dan bersemangat
kerana dapat menjalinkan ukhwah antara mereka dan pasukan lawan yang lain.
Masa kedua bermula,
menjadikan perlawanan lebih bersemangat dengan persaingan yang semakin sengit
di kalangan mereka. Pastinya mereka bergembira kerana penglibatan di program
amal ini di dalam suasana santai penuh mesra. Saya percaya keadaan aman seperti
ini tiada seperti apa yang dialami saudara kita Ali Regent yang terlantar di
hospital akibat kemalangan jalan raya.
Keputusan permainan diumumkan
oleh pengacara majlis iaitu Arie Salim dan Encik Nasihen Sanawi pula selaku penyampai
hadiah kemenangan kepada para peserta yang berjaya. Tempat pertama telah
dimenangi oleh kumpulan Serret Cettas yang dibarisi oleh Nabilah, Farith, Hisham dan Bad.
Hadiah ditempat kedua menjadi milik kumpulan Kumpui
Jelangak. Seterusnya di tempat ketiga tidak mengecewakan Kumpulan Huar Hair Kesemua
hadiah dalam pertandingan ini telah ditaja oleh AOP sendiri sebagai penganjur program ini.
Berikut adalah keputusan pemenang kejohanan bowling
Manakala saudara Yayuk, Farith dan Abot telah memenangi hadiah peserta lelaki terbaik manakala peserta perempuan terbaik pula dimenangi oleh saudari Nabilah, Rose dan juga Hasnita. Untuk pasukan bowling yang paling unik AOP 2013 di menangi oleh kumpulan Ngorpos dengan mengayakan memakai kain pelikat dan bersongkok ketika bermain bowling.
Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai pertandingan bowling amal ini menyumbang untuk Tabung Ali Regent. Alhamdulillah segala kutipan tersebut telah kami diserahkan kepada orang tua Ali Regent di hari yang sama selepas habis waktu permainan.” Ujar Azroy.
Ribuan terima
kasih kepada media dan Scoreboard dari TV3 kerana telah membuat liputan pada
hari tersebut serta jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan di AOP serta
semua sahabat-sahabat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan
Pertandingan Bowling Amal “AOP” ini.
Kepada kawan-kawan yang
tidak dapat hadir pada Pertandingan Amal AOP tempo hari jangan risau kerana
kami meletakkan Video Clip dari siaran Scoreboard yang disiarkan di
TV3 jam 12.30 malam pada hari Isnin lepas bertarikh 1 julai 2013 yang telah sempat rakan kami rakam ketika siaran Scoreboard berlangsung."Jelas Azroy lagi.
- Kuduk-Kuduk Channels
Piala Iringan AOP
Saudara Azroy berbual-bual bersama Saudara Nasihen Sanawi
Kehadiran wartawan TV3 ke lokasi pertandingan
Atlit memanah Malaysia juga adalah berketurunan orang Bawean
Wartawan wanita TV3 adalah anak orang Bawean
Saudara Azroy sedang di wawancara oleh pihak TV3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan