bule anakna oreng phebien . EVENT PERTANDINGAN KERCENGAN BAWEAN - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » EVENT PERTANDINGAN KERCENGAN BAWEAN

EVENT PERTANDINGAN KERCENGAN BAWEAN

Written By Unknown on Jumaat, 5 April 2013 | 12:40 PG





Event terbesar  AOP 2.0 Pertandingan Kercengan Bawean 2013






   "Kini warga Bawean dengan selangkah kehadapan menjana perubahan baru di bawah naungan Anak Oreng Pebien (AOP) dan Persatuan Bawean Malaysia (PBM). Insyaallah dengan kebangkitan anak muda Bangsa Bawean di Malaysia ini akan menjadi penerus kepada anak dan cicit kita nanti. Bangsa kita akan menjadi sebutan ramai oleh warga Malaysia amnya sebagai bangsa yang telah lama wujud lebih sedekat lalu dimana kini telah memuncak naik kerana adanya anak-anak muda kita.


   "Dengan adanya Pertandingan kercengan Bawean insyaallah dengan usaha yang berterusan seperti ini bangsa kita akan disanjung di bumi Malaysia yang tercinta ini.Teruskan usaha dukunglah setiap progrem masyarakat Bawean di Malaysia demi untuk kemajuan bangsa kita. Anak muda bangsa Bawean di malaysia di atas nama AOP telah menjadi perangsang untuk mengadakan Pertandingan Kercengan Bawean 2013 demi memartabatkan Bangsa Bawean terus maju di malaysia.

   "Dengan kerja sama dari pihak Anak oreng Pebien (AOP) dan kementerian Kebudayaan Malaysia, pihak PBM telah menjemput pihak Media Prima (TV3) untuk membuat liputan sepanjang majlis itu nanti. Banyak undangan-undangan besar yang akan dijemput sepanjang progrem itu nanti demi untuk menjayakan dan memeriahkan majlis.



   "Event terbesar AOP 2.0 ini telah menjadi tunjang dalam setiapa majlis PBM untuk merealisasikan progrem ini berjaya. Baru-baru ini, AOP telah membuat Road Show untuk mengeratkan silaturrahim sesama bangsa Bawean di Kuala Selangor, Malaysia. 

   "Di samping itu juga Saudara Azroy iaitu sebagai Pengerusi Anak Oreng Pebien (AOP) telah bertungkus lumus membawa Saudara Datuk Hj Azez Satar sebagai Pengerusi Persatuan Bawean Malaysia (PBM) ke merata tempat mengunjungi saudara sebangsa Bawean demi untuk memartabatkan Masyarakat Bawean di Malaysia ini agar lebih disanjung seperti bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia ini.


BERIKUT ADALAH ATURCARA MAJLIS:

Bertempat : Dewan MPAJ, AU2A Taman Keramat, Ulu kelang, Kuala Lumpur, Malaysia.
Hari            : Rabu
Tarikh         : 1 Mei 2013
Masa          : 8.00 pagi -5.00 petang



PERTANDINGAN KERCENGAN BAWEAN 2013 ANTARA KUMPULAN YAG MASUK BERTANDING:

  1.   WAHDATUL UMMAH
  2.   DARUL IHSAN
  3.   NURUL JABIT
  4.   NURUL KAMALIA
  5.   NURUL ZAMAN
  6.   ZAINAL UMMAH
  7.   AL FATWA
  8.   NURUL FATWA
  9.   AL HIDAD
10.   ALIFUL ALM
11.   NURUL IKHWAN
12.   PADANG JAMBU
13.   AL FALAH



PERSEMBAHAN UNDANGAN :


1. AL IQOMAH (GELAM)
2. KERCENGAN ASLI (SONGAI TEROS)
3. QASIDAH (MASYARAKAT MENARA)

JURI TERDIRI DRPD TENAGA PENGAJAR DI ASWARA (AKADEMI SENI SUARA) TIADA ORG BAWEAN SBG JURI. 

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBNGI TERUS


AZROY
017 3757 883


Makluman:
=KEPADA KUMPULAN YG BELuM SERAHKAN BORANG, SILA SERAHKAN BORANG ANDA DENGAN KADAR SEGERA. TERIMA KASIH.

-Oleh: Media Kuduk-Kuduk Channels





















Share this article :

1 ulasan:

  1. terima kasih bnyk2 saudara penulis... welldone dan teruskan usaham yg murni menyebarkan maklumat tentang perkembangan masyarakat bawean....

    BalasPadam

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]