MESYUARAT AGUNG PBM DAN PEMILIHAN ANGGOTA BARU BAGI TAHUN 2013
Kuala Lumpur /07 April 2013-Minggu
lepas media Kuduk-Kuduk Channels telah mengikuti pemilihan jawatankuasa baru bagi Persatuan Bawean Malaysia (PBM) di Pondok Pakalongan, Kampung Datuk
Keramat, Kuala Lumpur. Mesyurat Agung PBM yang julung kalinya disertai oleh Anak
Oreng Pebien (AOP) telah dipengerusikan oleh
Presiden Persatuan Bawean Malaysia (PBM) iaitu Datuk Haji Abdul Azez Bin Satar
dengan ditemani oleh bekas presiden
(PBM) iaitu Datuk Mahwan.
“Antara agenda mesyuarat pemilihan jawatan
kuasa itu adalah untuk membuat perubahan di dalam jawatan kuasa AJK supaya
lebih efektif , efficient (berkesan) dan lebih
tersusun. Selama ini di dalam (PBM) telah di monopoli oleh orang Bawean Pakalongan
dan kini dengan rombakan yang telah dibuat pada minggu lepas, PBM kembali
dengan perubahan baru demi untuk memajukan lagi warga Bawean di Malaysia amnya.
“Mesyuarat Agung Persatuan Bawean Malaysia pada
minggu lepas kurang mendapat sambutan dari warga Bawean sendiri yang ramai
menetap di Malaysia dengan anggaran lebih kurang 500 ribu warga Bawean sahaja
di Malaysia ini.Kehadiran pada mesyuarat tempo hari hanya lebih kurang 40 orang sahaja, itu pun kalau
ramai kerana kehadiran anggota anak muda AOP, apakah yang menyebabkan kehadiran kurang memberangsangkan oleh warga Bawean sendiri.”Media kami bertanya kepada
salah seorang yang hadir.
Apa mungkin Persatuan Bawean Malaysia tidak
ada persepaduan antara warga Bawean di Malaysia ini atau pun tidak mendapat
khabar berita dari pihak PBM sendiri tentang adanya mesyuarat agung PBM”. Jelas Media kami.
“Turut kelihatan pada Mesyuarak tahun ini Ketua
masyarakat kampung Kuduk-Kuduk di Malaysia iaitu Bpk. Salehan Rahim dan juga
timbalannya Bpk.Mas’od Hosni. Beliau hadir ke mesyuarat PBM kali ini kerana
ingin mendengar dan selain mendengar, ia juga ingin mengeluarkan pandangan dan
inisiatif yang mungkin boleh diguna pakai.
“Dengan kehadiran Bpk. Salehan dan Saya pada mesyuarat
itu , insyaallah kampung kami akan ada nama di PBM, di mana setelah sekian lama
nama Kampung Kuduk-Kuduk belum tercatat dalam senarai PBM, padahal masyarakat
Kuduk-Kuduk di Malaysia selalu mengikuti perkembangan PBM dan Masyarakat kami di Malaysia datang kesini sebelum Malaysia merdeka lagi. Maka
disebabkan itu ketua kampung kami hadirkan diri untuk memajukan dan tak lain
tak bukan ingin tonjolkan nama kampung Kuduk-Kuduk di Malaysia.”Kata Bpk. Mas’od
kepada media kami.
Berikut adalah senarai jawatan kuasa yang
terpilih:
PRESIDEN
Datuk Azez Satar
NAIB PRESIDEN
Apili bin Taib
SETIAUSAHA
Hj Naar A.M.N
NAIB SETAUSAHA
Mohd Ihsan Abdul Manaf
Abdul Rahman
AJK
Jamari bin Salim
Ustz Zairazi
Aron Pertaje
Halisa bt Muhidi
Zainah bt Misdin
Kami berharap dengan pemilihan pada kali
ini ada perubahan sedikit di bandingkan dengan yang dahulu dengan lebih teratur dan berkesan kepada masyarakat Bawean di Malaysia ini. Kepada mereka yang telah dilantik mereka secara rasminya akan menjadi anggota PBM yang sah.
Tahniah kepada anggota-anggota Anak Oreng
Pebian (AOP) yang terpilih nama anda akan di catitkan dalam Dokumen yg akan
dihantar ke ROS di Putrajaya. Dengan adanya nama anda di PBM diharap AOP akan
terus berkembang dan berjaya melaksanakan VISI & MISI kami. Tahniah dan
selamat berjuang.-Media Kuduk-Kuduk Channels
Edisi Bergambar:
Kami mengharapkan supaya PMB lebih mengambil berat mengenai Warga Bawean di malaysia dan mengambil tahu bagaimana cara untuk mengeratkan masyarakat bawean di malaysia ini supaya sama2 bergabung dalam PBM supaya warga bawean di segani seperti bangsa Jawa, Minang, Banjar dan banyak lagi.
BalasPadam