bule anakna oreng phebien . BERTUDUNG TAPI DIBAWAH SEKSI - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » BERTUDUNG TAPI DIBAWAH SEKSI

BERTUDUNG TAPI DIBAWAH SEKSI

Written By Unknown on Jumaat, 12 April 2013 | 5:21 PTG





   BERTUDUNG TAPI DIBAWAH SEKSI






Ditulis Oleh: Hefny Amany
Media: Kuduk-Kuduk Channels

Minggu lepas ada salah seorang rakan media kami bersiar-siar di Kuala Lumpur ternampak seorang wanita melayu sungguh cantik dan langsing bertudung tetapi seksi berikut adalah cerita rakan kami:

 "Muncul dengan imej menutup seorang wanita melayu muda memang saya puji. Pun begitu, jujur saya kata kan agak kurang selesa dengan gaya penampilan gaya yang dipersembahkan seorang wanita melayu bertudung ini. Bukan apa, ada kalanya pelik melihat cara bergaya wanita ini yang boleh dilebelkan tidak sesui dan sepatutnya dia lebih peka dengan etika bertudung. Melihat gaya wanita ini, saya tak nafikan dia cukup jelita. Namun, saya memang ada rasa kecewa dengan gaya penampilan yang bertudung pada saya sekadar imej mengikut gaya semasa.”kata rakan kami.

"Ini kerana sayangnya pada bahagian leher didedahkan begitu sahaja. Justeru, alangkah bagus dan sepatutnya bahagian leher itu ditutup juga, sekali lagi saya kecewa dengan penampilan wanita ini yang bertudung .”jelasnya lagi.

"Saya dapati dia yang tampil memang sopan, tetapi sayangnya seluar dipakai agak ketat. Memanglah wanita ini kurus, tetapi lebih baik lagi jika baju yang dipakainya melebihi parasa pinggang. Maka, tidak lah bahagian-bahagian yang kurang sepatutnya ditonjolkan menjadi perhatian. Saya tidak mengambil gambar wanita tersebut kerana ingin menjaga nama baik agama saya.”katanya lagi.

"Apa pun ini sekadar pandangan saya sahaja pada penampilan imej wanita itu semata-mata. Kritikan saya itu tidak berbaur peribadi atau menjatuhkan repotasi wanita itu. Jadi, diharapkan wanita itu tidak melenting dengan teguran ini. Saya sekadar komen atas dasar melihat apa yang tidak kena. Bahkan, tidak salah rasanya memberi teguran pada apa yang kurang . Apapun, tepuk dada dan tanyalah selera.

-Cerita diatas adalah, cerita rakan media kami kepada Admin Media Kuduk-Kuduk Channels.





Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]