MESYUARAT AGONG PERSATUAN BAWEAN MALAYSIA 2013
KUALA LUMPUR 27 Mac –
Persatuan Bawean Malaysia (PBM) akan mengadakan mesyuarat di Pondok Pakalongan,
Datuk keramat, Kuala Lumpur. Mesyuarat akan bermula pukul 8 pagi, kata
pengerusi Anak Oreng Pebien (AOP) saudara Azroy dalam satu kenyataan. Oleh itu
katanya , semua anggota (AOP) serta Warga bawean di Malaysia diwajibkan hadir
dan pengesahan kehadiran perlu dibuat sebelum mesyuarat berlangsung.
“Pihak PBM juga
menjemput semua orang Bawean di Malaysia untuk sama-sama hadir pada mesyuarat itu
nanti dan pihak PBM juga menyeru agar memberi pandangan masing-masing bagaimana
untuk memajukan Bangsa Bawean yang berada di Malaysia ini.”kata Azroy.
Hari : Ahad
Tarikh : 7 April 2013
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Pondok Pakalongan, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
AGENDA YANG AKAN DIBENTANGKAN PADA MAJLIS TERSEBUT ADALAH
1). Melantik Presiden dan Naib Presiden PBM untuk penggal yang baru 2013/14
2). Memilih ahli lembaga dan Ajk bago penggal 2013/14
3). Membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2013
4). Membentangkan belanjawan sepanjang tahun2012/13
“Semoga dengan
kehadiran anda semua nantinya, majlis tersebut dapat berjalan dengan lebih lancar
dan meriah. Semua orang Bawean yang berada di Malaysia di harapkan hadir demi
untuk menyatu padukan bangsa kita supaya lebih maju seperti bangsa-bangsa lain
di Malaysia ini.”jelas Azroy’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan