ROAD SHOW AOP KE KUALA SELANGOR
Media: Kuduk-Kuduk Channels
Kuala Selangor- Warga masyarakat Bawean di
Kuala Selangor jauh dari lokasi Kuala Lumpur yang kebanyakannya
orang bawean. Perumahan warga Bawean di Kuala Selangor yang hanya lebih kurang
belasan rumah sahaja kini telah menjadi satu perkampungan orang Bawean dimana kini telah semakin banyak.
Kawasan perkampungan terpencil di Bukit
Belimbing ini menyaksikan kebanyakan telah menetap hampir lebih 20 tahun
melampaui dua generasi. Kini lebih 20 keluarga menetap di perkampungan Bukit
Belimbing, Kuala Selangor. Warga masyarakat bawean di kawasan itu walaupun
tiada bas masuk ke kawasan itu tetapi amat bersyukur kerana masjid berada betul-betul
di hadapan rumah mereka.
Pada 23-24 mach 2013(semalam) perkampungan
Masyarakat Bawean di Bukit belimbing telah menjadi satu lokasi warga Anak Oreng
Pebien (AOP) untuk julung kalinya. Kami membuat Road Show demi mengeratkan
silaturrahim sesama Bangsa Bawean di Malaysia amnya. Road show Anak Oreng
Pebiyen (AOP) itu telah di rasmikan pada malam harinya iaitu malam minggu
dimana Presiden Persatuan Bawean Malaysia(PBM) Datuk Azez Satar dan seorang lagi sahabatnya iaitu Cikgu telah sama-sama
turun untuk mengunjungi masyarakat Bawean di sana untuk merasmikan Road Show (AOP).
Perjalanan dari kuala lumpur pada jam 7.30
mlm dan kami sampai di sana pada jam 9.15 mlm lewat setengah jam kerana ada masalah yang tak dapat kami atasi
sepanjang perjalanan. Sampai disana kami di sambut dengan meriah oleh
masyarakat disana dengan memasang kemah bagai semata-mata untuk kedatangan
kunjungan kami.
Perasaan gembira dan penuh teruja kami hadapi
sepanjang berada disana kerana telah disambut dengan baik oleh masyarakat
disana tidak dapat kami lupakan. Road Show kami disana telah dirasmikan oleh
Ustaz Bulkaini dan Pengerusi Anak Oreng Pebiyen (AOP) saudara Azroy kita.
Ustaz Bulkaini telah membuat bacaan doa sebagai bermulanya Road Show kami
disana. Sebagai pengerusi (AOP), saudara Azroy juga tidak ketinggalan dan turut
membuat taklimat ringkas sebagai bermulanya aktiviti yang akan berlangsung
nantinya. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang kami berada disana iaitu
seperti makan epal sampai habis dan makan telur paling cepat.
Kemeriahan, gelak
tawa dan leteran rakan-rakan (AOP)
sepanjang kami berada disana telah dikongsi bersama dengan warga masyarakat
setempat untuk sama-sama berhibur dan beramah mesra.
Alhamdulillah tepat jam 3 petang program Road
Show bersama masyarakat Bawean di sana telah habis dan kami semua warga Anak
Oreng Pebiyen (AOP) mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kerjasamanya dan
tidak lupa juga kepada hidangan-hidangan seperti ubi rebus, ikan kering, meehon
goring dan banyak lagi yang enak-enak yang telah dihidangkan kepada kami semua.
Video Road Show AOP ke Kuala Selangor Vol 1
Video Road Show AOP ke Kuala Selangor Vol 1
Kepada rakan-rakan (AOP) terima kasih yang tak terhingga kerana dapat turut serta
dalam Road Show ini. Kerana anda semua kami berjaya sampai kesan dan tidak lupa
juga kepada Pengerusi Persatuan Bawean Malaysia (PBM) Datuk Azez Satar diatas kerja
samanya. Sekian
-Media Kuduk-Kuduk Channels
aop terbaik!
BalasPadammemeng terbaik...
Padammemang terbaik. terima kasih...hehheee
BalasPadam