bule anakna oreng phebien . SALAM TAKZIAH DIATAS PEMERGIAN ARWAH - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » SALAM TAKZIAH DIATAS PEMERGIAN ARWAH

SALAM TAKZIAH DIATAS PEMERGIAN ARWAH

Written By Unknown on Khamis, 21 Mac 2013 | 8:23 PTG








Salam takziah diatas pemergian arwah







HAKIM ADALAH ANAK YG KE DUA












Bawean-Rabu / 21 Mach 2013- Innallillahi wainnailaihi rajiun, Salam takziah buat keluarga Bpk Buang,Bpk Hakim dan Ibu Kotek dimana semalam tepat jam 10.30 pagi waktu Bawean ibunya telah pulang kerahmatullah. Ibunya yang bernama Kartina (Tina) umur sekitar 50an telah pulang kerah matullah dan beliau sebelumnya telah mengalami kesusahan setelah mendapat penyakit kenser mulut. 

Beliu pada mulanya mengalami penyakit kenser mulut dengan lama penyakitnya tidak sembuh-sembuh sehingga sukar hendak menelan makanan kerana kerongkongnya bengkak."kata anaknya Buang.

Bpk. Buang di Malaysia, Menerima panggilan dari Bawean iaitu saudaranya yang menginginkan Bpk Buang dikehendaki pulang dengan segera kerana ibunya sedang sakit kuat. Panggilan dari saudaranya di Bawean telah membuat Bpk. Buang gusar dan rasa suram kerana mendengar berita yang kurang menyenangkan.

Selang beberapa hari setelah mendengar berita dari Bawean, maka sepantas kilat Bpk.Buang menjual motor kesayangannya EX5 untuk dimodalkan pulang ke Bawean dan serta membuat pembelian tiket dengan segera.

Ibu Tina sebelum meninggal telah menjaga cucu perempuannya (E-ien) anak kepada Bpk.Buang yang masih bersekolah di Bawean. Ibu Tina tinggal di bahagian( Ghunung )Desa Kuduk-Kuduk, Patarselamat Dua Sangkapura, Bawean.

Seorang lagi anaknya iaitu Hakim yang bekerja di Sarawak juga telah pulang ke Bawean setelah menerima panggilan yang sama mengatakan ibunya sakit kuat. Hakim yang telah berkahwin dengan seorang Wanita Desa kampungnya telah di kurniakan anak lelaki.

Anak ketiga dari Ibu Tina iaitu Ibu Kotek baru sahaja kehilangan ibu mertuanya pada 16 Mach 2013 (Sabtu) dan kini ibunya pula telah tiada. Sebak dihati Ibu kotek menerima kehilangan yang bertimpa-timpa ini terhadap dirinya setelah kehilangan kedua-dua orang tercinta ini. Semoga Allah menempatkan kedua-dua orang ini dengan orang-orang yang beriman.Insyaallah...-Media Kuduk-Kuduk Channels












Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]