Kolang-kaleng cakna oreng Phebiyen
Kolang-kaleng diberinama oleh orang Bawean ialah sejenis makanan yang paling terkenal.
Makanan ini memang sinonim dengan pemakanannya bila waktu bulan Ramadhan menjelma
yang masing-masing sibuk pergi kehutan untuk mencari pokok Arren (cakna oreng
Phebiyen). Pengambilan buah ini amat sukar sekali kerana segalanya memerlukan
kerja paling rumit serta sukar dan kalau mengambilnya memerlukan tangga (Anthe
cakna oreng Phebiyen) untuk naik keatas. Batang pohon Arren ini sukar di naiki
kerana batangnya besar ia juga berbulu-bulu
dan ada juga batang pohon arren ini yang ditumpangi oleh pohon lain seperti
bungaanggerik dan karakap contohnya (cakna oreng Phebiyen karakap) entah apa
nama kalau dalam bahasa Malaysia.
Kebiasaannya buah pokok arren ini biasanya di
penuhi dengan bulu-bulu halus (Addhuk) dan
sangat miang sekalai seperti buloh bambu yang membuat kulit gatal-gatal bile tersentuh.
Sebab itu ramai orang di Bawean selalu memakai seluar jenis panjang dan memakai
baju yang sesuai untuk mengelak dari tersentuh bila mahu mengambil buah arren
ini. Biasaannya pengambilan buah arren ini tergantung dari permintaan dan ada juga hanya sekadar
untuk dimakan bersama keluarga sahaja.
Setelah buah arren habis di potong dari pohonnya.
Maka kerja seterusnya dimulakan dengan membakar kayu-kayu setelah apinya marak
barulah buah arren ini di bakar diatasnya supaya masak supaya senang di belah atau
di kupas untuk pengambilan isinya yang diberinama Kolang-Kaleng (cakna oreng
phebiyen).
Selain melalui pembakaran ada juga sesetengah orang memisahkan buah
itu dari batangnya dan di rebus dengan kawah besar supaya ianya cepat siap dan
mengambil beberapa minit direbus dengan kapur untuk menghilangkan getahnya yang
gatal dan beracun.. Buah Arren ini memiliki 3 atau 2 biji didalamnya yang warnanya
putih di seliputi lingkaran keras diluarnya.
Proses membelah buah ini biasanya dilakukan
beramai-ramai bersama keluarga mereka supaya ianya cepat siap dan bagi yang
berniagamereka menggaji orang kerana buah arren ini banyak. Buah Arren ini setelah
abis di kupas kemudiannya direndam dalam dulang untuk dicuci supaya bersih dan
setelah semua habis dicuci, perlu dimulakan pula pengasingan Kolang-kaleng diantara
yang muda dan yang tua ini perlu kerana yang muda agak lembut dan yang tua
keras sedikit bila dimakan.
kolang-kaleng boleh dimakan bermacam-macam
cara boleh dimakan dengan ABC (Ais Batu Campur), gula gula,cendol dan yang
paling sedap kalau di Bawean buat untuk masak phupphur kolek (Pengat kalau di Malaysia) yang
kebiasaannya yang paling enak dimakan pada bulan Ramadan waktu berbuka puasa.itulah kolang-kaleng
Tiada ulasan:
Catat Ulasan