LIKU-LIKU MENCARI NAFKAH DI NEGARA ORANG
Ditulis oleh: Hefny Amany
Media: Kuduk-Kuduk Channels
Jumaat /15 Mach 2013 - Segambut. Admin kuduk-kuduk Channels
telah di sapa oleh seorang lelaki sekitar umur empat puluhan yang sedang
singgah minum di perkarangan masjid pada hari jumaat semalam dengan nada bunyi
seperti orang Bawean. Sapaan yang pada mulanya ingin meminjam mancis (KOREK)
untuk membakar rokok suryanya telah menjadi perbualan panjang hingga menjurus
kepada perkenalan dengan menceritakan bapak ini berasal dari mana.
Bapak ini bernama Lumri bin Saningram berumur 49 tahun yang
sekarang tinggal di kawasan Flat di Damansara Damai bersama dua orang anak
perempuannya berumur sekitar 20an.”Katanya.
Bpk Lumri berasal dari Bawean Tambak Timur telah datang ke
Malaysia pada tahun 1978 dengan mengikut temannya untuk bekerja sebagai kontrak
dan beliau sekarang menetap diMalaysia hampir 30 tahun. Bpk Lumri menceritakan
pada Admin dimana beliau semenjak menetap diMalaysia cuma tiga kali pulang ke
Bawean.”Kata beliau.
Awalnya setelah sampai kemalaysia, Bpk Lumri tinggal di
Kampung Pasir Segambut dengan menduduki perumahan setinggan bertampalkan kayu papan
dan peliwood. Setelah beberapa tahun tinggal di kawasan itu, perumahan Bpk
Lumri hangus dijilat api hingga memusnahkan 10 buah rumah dan tidak ada yang
terselamat semuanya hangus dijilat api.”Katanya lagi.
Jam 1.00 ptg masih rancak berbual-bual dengan lebih banyak
lagi diceritakan sampai masuk ke bab dimana perkerjaan beliau yang ke dua ialah
di kawasan jinjang mengutip besi-besi buruk di kawasan sampah untuk dijual .
Hampir beberapa tahun beliau mencari rezeki sebagai pengutip besi kemudian Bpk
Lumri berhenti dari pekerjaan itu kerana beliau telah dijangkiti penyakit
luka-luka yang berbentuk kudis yang sudah beberapa tahun tidak sembuh.” Beliau
berkata.
Bpk Lumri juga menceritakan sahabatnya yang sama-sama
mengutip besi turut mengalami penyakit sepertinya dimana temannya telah
kehilangan gigi serta mulutnya luka disebabkan
bekerja mencari besi di kawasan sampah tersebut.”katanya lagi.
Kerana di sebabkan mencari pekerjaan susah, lalu Bpk Lumri mencari
pekerjaan lain dan mendapat pekerjaan di sebuah rumah berpangkat Datuk yang berbangsa
India. Beliau disana bekerja sebagai pencantas pokok-pokok di kawasan rumah
tersebut (tukang kebun) yang menerima gaji RM1,500.00 sebulan. Selain itu juga
tugasan Bpk Lumri bukan setakat itu malahan kolam renang juga turut di
bersihkan.
Jelas Bpk Lumri bekerjaan disitu ringangan sedikit dibandingkan
dengan pekerjaan yang sebelumnya yang lebih mencabar dan susah kerana terdedah
dari kotoran. Setelah hampir beberapa tahun bekerja di rumah Datuk India
tersebut, lalu Bpk Lumri berhenti bekerja kerana alasan-alasan yang boleh
membuat imannya tergugat.
Alasan Bpk Lumri berhenti bekerja di rumah Datuk itu kerana
isteri Datuk terlalu cerewet dan lebih dahsat lagi majikannya iaitu isteri
Datuk tersebut telah menyuruh Bpk Lumri memandikan anjing peliharaannya dan di
sebabkan teragedi itu, Bpk Lumri terus tidak ingin lagi bekerja di rumah Datuk itu.
Bpk Lumri berkata, majikannya iaitu Datuk memang baik selalu
membawa oleh-oleh bila pulang dari luar negeri tetapi isterinya Datuk sangat
cerewet .”Jelas Bpk Lumri.
Sekarang Bpk Lumri sudah lama tidak bekerja dan sedang mencari pekerjaan untuk mencari sesuap nasi. Bpk Lumri hanya
mendapat duit harian dari anaknya dimana anak keduanya bekerja di telekom di kawasan kuala lumpur sebagai setiusaha."Ulasan dari Bpk Lumri kepada Admin Media Kuduk-Kuduk channels.
Ikuti Rakaman temubual Media Kuduk-Kuduk Channels
bersama Bpk Lumri berasal dari Tambak Timur Bawean
Tiada ulasan:
Catat Ulasan