ZOO MELAKA ADA RUSA DARI BAWEAN
Media: Kuduk-Kuduk Channels
Sumber Utusan Malaysia
Bagaimanapun, pelbagai faktor termasuk masa yang terhad dan kos
perbelanjaan untuk melancong ke hutan rekreasi sering membataskan orang ramai
untuk merasai pengalaman tersebut.
Sebenarnya, tidak sukar untuk merasai pengalaman seperti itu
asalkan bijak memilih dan tahu lokasi yang sesuai bagi merealisasi hasrat
terpendam tersebut.
Misalnya, yang paling mudah dan menyeronokkan, pengalaman seperti
itu boleh didapati dengan berkunjung ke Zoo Melaka di Ayer Keroh yang menjadi
habitat kepada lebih 1,200 hidupan liar dengan 200 spesies burung, mamalia,
reptilia dan amfibia.
Pengunjung juga boleh bermesra tanpa perlu takut dengan hidupan
liar seperti orang utan dan gajah yang jinak, hasil didikan dan latihan
kakitangan Zoo Melaka yang terlatih lagi mesra dengan perkhidmatan mereka.
Menurut Pengarahnya, Mohd. Nawayai Yasak, pada awal tahun ini
sahaja, pelbagai spesies hidupan liar telah ditempatkan di zoo itu, antaranya
burung unta atau nama saintifik Greater Rhea, ular sawa Green Anaconda dan ular
Python Curtus Brongersmai.
Katanya, kebanyakan spesies tersebut jarang didapati dan ada di
antara spesies itu semakin pupus serta terhad di beberapa negara Asia tertentu.
‘‘Misalnya, bagi spesies ular Python Curtus Brongersmai, ia hanya
boleh didapati di sesetengah tempat di Semenanjung dan beberapa wilayah kecil
di Sumatera, namun pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat spesies itu di
Zoo Melaka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Selain itu kata beliau, Zoo Melaka juga menerima kelahiran baru
spesies hidupan liar tahun ini, antaranya monyet betina ekor panjang atau
Macaca arctaides melaonota yang lahir pada Ogos lalu.
Ia juga termasuk kambing gurun Nyala, anak rusa Bawean dan Sambar,
lembu jantan Banteng dan beberapa spesies burung yang kian pupus pada masa ini.
Zoo Melaka mula diperkenalkan sekitar tahun 1963 di kawasan seluas
21.2 hektar dan diambil alih pengurusannya oleh Jabatan Hidupan Liar pada tahun
1979 sebelum dibuka secara rasmi kepada umum pada 13 Ogos 1987.
Terletak kira-kira 13 kilometer dari pusat bandar, Zoo Melaka
merupakan taman hidupan liar kedua terbesar di negara ini dan yang pertama
mempamerkan habitat terancam badak Sumatera Rhinoceros and seladang Gaur yang
kian pupus pada masa ini.
Zoo Melaka juga terkenal di peringkat antarabangsa kerana
melaksanakan program pembiakan kurungan bagi spesies harimau Malayan.
Pelbagai perkhidmatan sampingan juga disediakan bagi
mempelbagaikan kegiatan kepada pengunjung antaranya Mini Safari yang
menyediakan lebih 20 spesies hidupan liar seperti zirafah, kuda belang, rusa
Axis, tapir dan burung unta yang diletakkan pada sangkar dikelilingi pelbagai
tumbuhan flora.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai habitat
hidupan berbisa di Rumah Reptilia yang mempamerkan ular terbesar dunia,
Anaconda, ular terpanjang dan ular tercantik termasuk hidupan iguana.
Menurut Mohd. Nawayai, bagi menambah keseronokan pengunjung,
pihaknya memperkenalkan kemudahan memancing di sekitar tasik dalam zoo yang
menyediakan ikan seperti lampam Jawa, keli Afrika, patin dan tilapia.
‘‘Dengan dikelilingi haiwan yang terdapat di sekitar Zoo Melaka,
pastinya ia akan membawa pengalaman menikmati kehidupan flora dan fauna yang
lebih berharga di sini,” katanya.
Sementara itu katanya, sejak Januari hingga 30 November lalu,
seramai 573,342 orang telah berkunjung ke Zoo Melaka termasuk zoo malam yang
baru diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, usaha memperkenalkan zoo malam adalah bertujuan untuk
menarik minat lebih ramai pengunjung melawat tempat tersebut dari semasa ke
semasa.
‘‘Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu iaitu seramai
514,967 orang,” katanya.
Menurutnya, bilangan pengunjung Zoo Melaka pada waktu siang
bermula Januari hingga bulan lalu, adalah seramai 548,119 orang berbanding
kira-kira 487,747 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Bagi zoo malam kata Mohd. Nawayai, ia mencatatkan kira-kira 25,223
orang pengunjung pada Januari hingga November lalu manakala seramai 27,220
orang dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Kata beliau, musim persekolahan merupakan keadaan paling sibuk
bagi kakitangan zoo itu kerana pada waktu tersebut, Zoo Melaka pasti menjadi
tumpuan kanak-kanak yang dibawa oleh keluarga mereka untuk mengisi masa
terluang mereka pada musim cuti sekolah.
‘‘Ada kalanya, pengunjung sudah tiba seawal pukul 8 pagi walaupun
kaunter hanya dibuka pukul 9 pagi.
‘‘Alhamdulillah, sambutan yang diterima setakat ini amat
memberangsangkan namun kita tidak cepat berasa puas hati dan atas sebab itu,
kita akan sentiasa berusaha menambah pembaikkan perkhidmatan agar pengunjung
sentiasa berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan,” kata beliau.
MAMALIA / MAMMALS
| ||||
BIL
|
NAMA TEMPATAN / NAMA INGGERIS
|
NAMA SAINTIFIK
|
JUMLAH (EKOR)
|
KOS SEEKOR SETAHUN (RM)
|
1
|
BADAK PUTIH / WHITE RHINO
|
ELEPHAS MAXIMUS HIRSUTUS
|
2
|
10,000.00
|
2
|
GAJAH ASIA / ASIAN ELEPHANT
|
CONOCHAETES TAURINUS TAURINUS
|
9
|
8,000.00
|
3
|
ZIRAFAH / GIRAFFE
|
PONGO PYGMAEUS ABELIL
|
7
|
7,000.00
|
4
|
CHIMPANZEE
|
BOS GAURUS HUBBACKI
|
2
|
5,000.00
|
5
|
HARIMAU BELANG / MALAYAN TIGER
|
NAEMORHEDUS SUMATRAENSIS SWETTENHAMI
|
24
|
5,000.00
|
6
|
HARIMAU DAHAN / CLOUDED LEOPARD
|
TAPIRUS INDUCUS
|
8
|
5,000.00
|
7
|
HARIMAU KUMBANG / PANTHER
|
HELARCTOS MALAYANUS
|
9
|
5,000.00
|
8
|
MANDRILL
|
VERECIA VARIEGATA
|
6
|
5,000.00
|
9
|
ORANG UTAN BORNEO / BORNEON ORANG UTAN
|
CALLITHRIX JACCHUS
|
10
|
5,000.00
|
10
|
SINGA AFRIKA / AFRICAN LION
|
AXIS
|
3
|
5,000.00
|
11
|
SELADANG / MALAYAN GAUR
|
LEMUR CATTA
|
2
|
3,000.00
|
12
|
BANTENG
|
GIRAFFA CAMELOPARDALIS
|
37
|
2,000.00
|
13
|
BLUE WILDEBEESTS / GNU
|
PANTHERA LEO
|
6
|
2,000.00
|
14
|
KAMBING GURUN / SEROW
|
MUNTIACUS MUNTJAK PENINSULAE
|
3
|
2,000.00
|
15
|
BADAK CIPAN / TAPIR
|
CERATOTHERIUM SIMUM
|
6
|
1,000.00
|
16
|
BERUANG MATAHARI
|
PANTHERA TIGRIS CORBETTI
|
20
|
1,000.00
|
17
|
BINTURONG / BEAR CAT
|
NEOFELIS NEBULOSA
|
10
|
1,000.00
|
18
|
BLACK AND WHITE RUFFED LEMUR
|
PANTHERA PARDUS DELACOURI
|
1
|
1,000.00
|
19
|
BROWN CAPUCHIN
|
MANDRILLUS SPHINX
|
5
|
1,000.00
|
20
|
BROWN LEMUR
|
PONGO PYGMAEUS
|
3
|
1,000.00
|
21
|
CAPYBARA
|
PAN TROGLODYTES
|
3
|
1,000.00
|
22
|
COMMON MARMOSET
|
BOS JAVANICUS
|
1
|
1,000.00
|
23
|
KELUANG / MALAYAN FLYING FOX
|
EQUUS BURCHELLII BOEHMI
|
6
|
1,000.00
|
19
|
KIJANG SEMENANJUNG / BARKING DEER
|
EQUUS ASINUS ASINUS
|
11
|
1,000.00
|
20
|
KONGKANG / SLOW LORIS
|
BOS TAURUS
|
8
|
1,000.00
|
21
|
KUCING BATU / ASIAN LEOPARD CAT
|
BOSELAPHUS TRAGOCAMELUS
|
12
|
1,000.00
|
22
|
KUCING HUTAN / FLAT-HEADED CAT
|
TRAGELAPHUS ANGASII
|
2
|
1,000.00
|
23
|
KUCING TULAP / ASIATIC GOLDEN CAT
|
CERVUS DUVAUCELII
|
1
|
1,000.00
|
24
|
KUDA BELANG / GRANT'S ZEBRA
|
CERVUS UNICOLOR EQUINUS
|
6
|
1,000.00
|
25
|
KUDA MINI / MINIATURE HORSE
|
CERVUS TIMORENSIS
|
2
|
1,000.00
|
26
|
LANDAK RAYA / MALAYAN PORCUPINE
|
SYMPHALAGUS SYNDACTYLUS CONTINENTIS
|
19
|
1,000.00
|
27
|
LEMBU ANKOLE
|
ARCTICTIS BINTURONG
|
12
|
1,000.00
|
29
|
MEMERANG KECIL / SMALL-CLAWED OTTER
|
CEBUS APELLA
|
10
|
1,000.00
|
30
|
NILGAI
|
EULEMUR FULVUS
|
12
|
1,000.00
|
31
|
NYALA
|
HYDROCHOERUS HYDROCHAERIS
|
6
|
1,000.00
|
33
|
ORANG UTAN SUMATERA / SUMATRAN ORANG UTAN
|
PTEROPUS VAMPYRUS
|
3
|
1,000.00
|
34
|
RING-TAILED LEMUR
|
NYCTICEBUS COUCANG
|
2
|
1,000.00
|
35
|
RUSA BAWEAN / BAWEAN DEER
|
PRIONAILURUS BENGALENSIS
|
28
|
1,000.00
|
36
|
RUSA BINTIK / AXIS DEER
|
PRIONAILURUS PLANICEPS
|
13
|
1,000.00
|
37
|
RUSA PAYA (BARASINGHA ) / SWAMP DEER
|
CATOPUMA TEMMINCKII
|
9
|
1,000.00
|
38
|
RUSA SAMBAR / SAMBAR DEER
|
HYSTRIX BRACHYURA
|
18
|
1,000.00
|
39
|
RUSA TIMOR / TIMOR DEER
|
AMBLONYX CINEREA
|
10
|
1,000.00
|
41
|
SIAMANG
|
CERVUS PORCINUS KUHLII
|
5
|
1,000.00
|
43
|
UNGKA BORNEO / BORNEON
GIBBON |
HYLOBATES MUELLERI
|
1
|
1,000.00
|
44
|
UNGKA TANGAN PUTIH / WHITE-HANDED GIBBON
|
HYLOBATES LAR
|
11
|
1,000.00
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan