Sambutan Maulidurrasul 1434H oleh
Masyarakat Menara di Malaysia
Masyarakat Menara di Malaysia
tahun 2013
Media : Kuduk-Kuduk Channels
Damansara / 25 Februari 2013 - Bertemakan " WASATIYYAH
TONGGAK KESATUAN UMMAH " menjadikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H berjalan
dengan jayanya. Majlis tersebut telah diadakan pada 17 Februari 2013 di
perkampungan masyarakat orang Menara iaitu di Kayu Ara, Damansara.
Majlis telah
dimulakan pada jam 9.00 pagi di mulai oleh Bpk Ihsan sebagai pembawa acara majlis dengan dirasmikan oleh Ketua Kampung ( Pak Lora) masyarakat Menara di Malaysia iaitu Bpk Muhlas. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat al-Quran dan selanjutnya bacaan selawat Nabi oleh tiga gadis Menara yang diketuai oleh Nisa.
Kehadiran Datuk Hj Aziz Satar ke perkampungan orang Menara di Damansara kerana di dorong oleh saudara Faizal dan saudara Yanto dimana beliau adalah orang kuat (AOP). Beliau mengatakan kepada Media kami bahawa, beliau menjemput Datuk Aziz kerana ingin memperkenalkan masyarakat Menara Bawean dimalaysia khususnya kerana Masyarakat kami ingin mengatahui lebih lanjut mengenai Datuk Aziz Satar dimana sekarang beliu adalah sebagai pengurusi Persatuan Bawean Malaysia (PBM) dan Datuk Aziz Satar juga telah melancarkan Tabung Bersama Rakyat Palestin pada hari itu.
Dengan adanya majlis-majlis sebegini juga diharapkan dapat
menerapkan nilai-nilai kerohanian yang tinggi disamping akhlak yang terpuji
dikalangan para masyarakat Menara Bawean di Malaysia amnya. Disamping itu juga
ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara masyarakat Menara .Majlis
berakhir dengan tutupan doa pada jam 12.00 tengahari.”Katanya lagi”.
Majlis pada tahun ini agak meriah dibandingkan dengan
tahun-tahun sebelumnya mungkin kerana kehadiran artis veteran Malaysia. Majlis ini juga
merupakan salah satu aktiviti tahunan khususnya yang telah dianjurkan oleh
masyarakat Menara (Kalompek) Bawean di
Malaysia.
Encik Faizal berkata, pada siang harinya setelah habis sambutan
Maulidurrasul, kebiasaannya masyarakat Menara di Malaysia selalu mengadakan aktiviti-aktiviti
keramaian, namun pada tahun ini sayangnya
tidak ada progrem yang dijalankan seperti panjat pinang(anaik-naian)
pertandingan sepak takraw dan banyak lagi. Pendapatnya, mungkin pada tahun ini
kerana kesuntukan masa sehingga segala percaturan yang telah dirancang telah
terbatas.’Katanya”.Oleh Media Kuduk-Kuduk Channels.
Edisi bergambar:
Anggota Kuat AOP |
SEKIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan