bule anakna oreng phebien . LAGU LA OBE NYANYIAN BAHASA BOYAN - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » LAGU LA OBE NYANYIAN BAHASA BOYAN

LAGU LA OBE NYANYIAN BAHASA BOYAN

Written By Unknown on Ahad, 17 Februari 2013 | 5:56 PG






LAGU LA OBE NYANYIAN BAHASA BOYAN









RADIO Televisyen Malaysia (RTM) mengembalikan kegemilangan irama pop yeh yeh menerusi program terbaru berjudul Kenangan Mengusik Jiwa yang bakal menemui penonton setia saluran TV1 mulai 3 Disember ini.

Menghiburkan anda setiap Isnin, jam 9 malam, antara keunikan program bersiaran setengah jam ini selain pengisiannya yang padat berkaitan era zaman kegemilangan pop yeh yeh sehingga kini, program ini menampilkan pengacara serba boleh, Alif Satar.

Kupasan topik menarik dalam program ini bermula era zaman kegemilangan pop yeh yeh yang dicetuskan Allahyarham M Osman, ikon 60-an iaitu Datuk Jeffrydin dan A Ramlie, mengenai imej, ikon dan identiti pop yeh yeh, lirik lagu yang sering menjadi pilihan penyanyi, komposer, penulis lirik, peranan yang dimainkan penulis lirik, penggubah lagu dan penyanyi wanita pada era itu, fesyen yang dikaitkan dengan personaliti seperti Fatimah M Amin, Datuk A Rahman Hassan, Jeffrydin dan M Ishak.

Program ini turut memperlihatkan beberapa keunikan yang terdapat dalam lagu pop yeh yeh iaitu sedih dalam rancak, peranan yang dimainkan setiap kugiran, lagu popular yang unik dan menghiburkan iaitu lagu Yale-Yale dan La Obe.

Yale-Yale dicipta pada tahun 50-an manakala Lo Obe dinyanyikan dalam bahasa Boyan. Ia memberi tumpuan pada filem A Go Go 67 arahan Omar Rojik.

Filem ini boleh dikatakan berjaya mencetuskan revolusi pada perkembangan muzik dan filem Melayu. Melalui filem berkenaan, ramai penyanyi berjaya dilahirkan seperti Sanisah Huri, Osman Ahmad, Orked Abdullah dan D Hatta.

Bukan sekadar berkongsi yang ‘manis’ saja, program ini membincangkan juga mengenai zaman kemerosotan genre muzik pop yeh yeh. Perbincangan merangkumi faktor yang menyebabkan era muzik pop yeh yeh semakin muram pada penghujung 1960-an dan antara faktornya ialah perubahan cita rasa penonton dan pengaruh Hindustan.

Berkongsi juga topik melihat jasa dan peranan radio dalam membantu memartabatkan muzik pop yeh yeh apabila genre lagu itu sering berkumandang di Radio Klasik Nasional yang dapat didengari generasi masa kini.

Usaha memartabatkan irama muzik pop yeh yeh sebagai khazanah muzik tanah air kita nyata berterusan de­ngan penganjuran pelbagai konsert pop yeh yeh untuk memperkenalkan irama muzik itu kepada generasi hari ini.

Di samping itu, temu bual bersama A Rahman Hassan, Alif Nasir, Lokman Ghani, Ghazali Ismail, Fatimah M Amin, J Sham dan ramai lagi turut diselitkan untuk menambah serba sedikit info berkaitan topik dibincang­kan.

Ada juga episod yang mengundang Cikgu Yusnor Ef, Jeffrydin dan A Rozaini untuk menguatkan lagi kisah dan lagu mereka.

Saksikan juga kemunculan generasi baru yang memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan Salsa Electrica, Rhtym 60’s, Qisqha, The Rogers, Putra Sari, Metallody dan Kumpulan Akasia menyampaikan lagu popular Kenanganku, Oh Fatimah, Kisah Dan Tauladan, Bibir Mesra Jiwa Parah, Seruan Kasih, Kenangan Mengusik Jiwa, Sumpah Setia, Tak Mengapa, Siapa Bilang Aku Tak Sayang, Mungkinkah selain Yale-Yale dan La Obe.

Episod pengenalan dokumentari muzikal ini pada 3 Disember depan memaparkan bagaimana bermulanya era zaman pop yeh yeh yang dicetuskan M Osman pada ketika itu. Episod pengenalan ini juga memaparkan lagu yang dipopularkan M Osman seperti Suzana dan Kasih Berduka.

Turut juga ditampilkan kumpulan muzik The Refflesia yang masih meminati irama pop yeh yeh, selain kemunculan isterinya, Afida Es dan anaknya, Zulkifli M Osman sebagai tetamu minggu ini.







Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]