Sikap 'biar papa,
asal bergaya' remaja kita
RENUNGKAN sejenak sebenarnya rakyat asing yang bekerja di negara
ini mendapat pendapatan di antara RM80 dan RM200 sehari hanya bekerja sebagai
buruh kontrak.
Jika mereka diminta membaiki rumah persendirian, upahnya mungkin
mencecah kepada RM300 sehari.
Kerajinan dan kepakaran yang ada mudah bagi mereka meminta upah
yang tinggi dan itulah yang menjadikan mereka ini cepat menjadi kaya atau
sekurang-kurangnya selesa berada di negara ini.
Pukul rata pendapatan warga asing kini mencecah RM3,000 sebulan.
Walaupun duduk di rumah kontrak yang disediakan tetapi itu tidak menjadi
masalah kepada mereka yang sudah biasa dengan keadaan sedemikian di negara
mereka sendiri.
Berbalik kepada rakyat tempatan terutama sekali remaja kita,
mereka lebih suka bekerja makan gaji yang bergaji kadang kala di bawah paras
RM1,000 dan kalau pun bergaji hingga RM3,000 sekali pun masih merasa tidak
mencukupi kerana hutang keliling pinggang yang tiada kesudahannya.
Disebabkan masalah hutang, ada yang diheret ke mahkamah kerana
masalah muflis.Remaja kita lebih rela menjadi penganggur terhormat daripada
berusaha atau mendapat pekerjaan setimpal dengan kelulusan mereka.
Tiada inisiatif untuk memperbaiki diri sendiri dan mudah berputus
asa lalu berlakulah apa yang dikatakan
masalah social di kalangan remaja itu sendiri.Kita mesti mengubah pesepsi yang
terlalu negetif seperti itu dan mesti diperbetulkan minda anak-anak muda kita
supaya jangan bergantung hidup dengan majikan atau mendapat pekerjaan dengan agensi kerajaan sahaja dan jangan
terlalu selesa atau cuba memanjakan diri sendiri sehingga tidak mempedulikan
nasib masa depan mereka sendiri.
Mulai dari sekarang diharap remaja kita bersedialah untuk menghadapi
cabaran demi masa depan mereka dengan mengambil inisiatif belajar selok-belok
berbagai kemahiran tambahan yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan.
Bagi remaja kita pepatah melayu ada mengatakan ’biar papa asalkan
bergaya’ masih tertanam dalam setiap benak remaja kita. Mereka masih lagi mahu
bekerja di dalam bilik berhawa dingin dan memakai tali leher sahaja walaupun
mendapat pendapatan jauh lebih rendah daripada pekerja kontrak warga asing.-kkc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan