MALAM KEBUDAYAAN & KESENIAN
MASYARAKAT BAWEAN DI MALAYSIA
Ditulis oleh: Hefny Amany
Media: Kuduk-Kuduk Channels
Selasa / 25 Disember 2012- MALAM KEBUDAYAAN & KESENIAN
MASYARAKAT BAWEAN DI MALAYSIA bertempat di Dewan MPAJ AU2 Keramat Kuala Lumpur
adalah malam yang dinanti-nanti oleh masyarakat bawean di Malaysia dimana semua
orang bawean akan berkumpul di sini tidak kira tua muda anak, bapak, kakek dan
semuanya akan sama-sama hadir untuk mengeratkan silaturrahim sesama bangsanya. Acara ini bermula dari jam 8.00 malam hingga jam 12.00 malam dengan segalanya mesti mengikut waktu yang ditetapkan."kata petugas'. Malam kebudayaan ini telah di rancang oleh AOP (Anak Oreng Pebien) dengan
kerjasama dari PBM (Persatuan Bawean Malaysia) yang menjadi perintis untuk menjayakan acara ini. Persatuan AOP(Anak Oreng Pebian)selaku pengasas acara ini
sempat di temuramah mengatakan persiapan untuk terus mendukung dan
mempromosikan Pulau Bawean kepada bangsa lain sebagai pusat pelancongan untuk
tahun 2013.
Pada malam itu juga
tujuannya bukan hanya untuk pertemuan sahaja tetapi lebih menjuruskan kepada
malam kebudayaan dan kesenian Bawean dengan niat mempromosikan budaya Orang
Bawean ini kepada bangsa lain yang telah ikut serta pada malam itu untuk
memeriahkan acara ini.
Malam itu juga telah dimeriahkan dengan pelbagai kesenian
Bawean iaitu seperti Kompang, Pencak silat, kercengan, zamrah,Galipang dan
banyak lagi. Kesenian kercengan dan Zamrah dibawa oleh Kercengan Darul Ehsan
dari (Sungai Buloh) dan juga kercengan Wahdatul Ummah dari(Wira Damai Jaya).
Manakala persembahan kompang dan pencak silat telah di
persembahkan oleh group Al-Manar dari (Damansara) untuk persembahan Galipang
telah di bawa oleh orang Komalasa dari
(Kg. Pandan) dan yang lainnya ialah seperti persembahan nyanyian artis Bawean
dari Band Sinar Alarma.
Turut hadir dalam acara ini adalah komuniti Club Harley
Davidson dan artis veteran Malaysia yang berketurunan Bawean iaitu seperti Mohd
Sani, Salamiah, Mariani dan banyak lagi dan selain itu Band Alarma telah
sama-sama berduet dengan Sani naik kepentas dengan menyanyikan lagu La Aobe.
Seorang artis lagi yang turut serta naik kepentas benyanyi
adalah Salamiah dengan membawa dua lagu dan salah satunya adalah lagu dangdut
yang telah membuat seluruh penonton berjoget dan ikut bernyanyi bersama-sama.
Acara Malam Kebudayaan ini telah di rasmikan oleh Datuk Hj. Ahmad Mazlan (
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ) serta telah mendapat kerjasama
dari Kementerian Penerangan,komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
Datuk Ahmad Mazlan
member tahukan kepada seluruh warga Bawean, kalau masyarakat Bawean ingin
setaraf dengan warga-warga lain di Malaysia ini, maka warga Bawean harus
memegang perinsip 2K2P(Kebajikan,Kebudayaan)(Perpaduan,Perniagaan) Persatuan
harus mempunyai tanggung jawab untuk kebajikan anggotanya dan kebudayaan yang
memberikan gambaran dari mana mereka berasal.
Persatuan juga perlu bersatu padu dalam segala hal agar
segalanya boleh di atasi dengan mudah demi
perpaduan. Warga Bawean perlu membuka peluang perniagaan supaya dapat
mengubah ekonomi masyarakatnya untuk lebih bertaraf yang lebih baik dari
sebelumnya. Inilah pesanan beliau kepada masyarakat Bawean yang menetap di
Malaysia dan juga persatuan-persatuan dimana pun mereka berada perlu dijadikan
landasan dalam setiap organisasi. Itulah pesan beliau ketika ditemuramah oleh
RTM (Radio Television Malaysia) dan wartawan lainnya.
terbaik kuduk-kuduk channel!!
BalasPadamTerima kasih sahabat....!!
BalasPadam