PERBEZAAN MAULIDUL RASUL
DI MALAYSIA DAN DI BAWEAN
Bapak Salehan sedang membuat taklimat pada hari
ini.Beliau adalah ketua
masyarakat kuduk-kuduk di malaysia.
Ustaz yang di undang khusus untuk majlis Maulidul
Rasul dan yang bahagian tepi sebelah kanan ustaz kg
sendiri iaitu bapak Nur Hasim.
Masyarakat kami kuduk-kuduk yang berada di
malaysia, penuh segak mendengar ceramah maulidul rasul
Teradisi Ala Bawean
Ditulis oleh: Hefny Amany
Media: Kuduk-Kuduk Channels
05 Februari 2012
Alhamdulillah...............Pada
hari ini Masyarakat kami dapat bersama-sama meraikan sambutan Maulidur Rasul di
tempat biasanya iaitu di Kg. Sri gombak Indah, selangor, Malaysia, dengan
sambutan yang amat memberangsangkan kehadirannya. Kehadiran dari
bermacam-macam kawasan daerah iaitu seperti Damansara, Kelana Jaya, Ampang,
Keramat, Sg. Buloh dan banyak lagi...
Dengan kehadiran ini juga masyarakat kami akan dapat mengenali diantara satu
sama yang lain kerana kebanyakan kedudukan tempat tinggal sangat jauh
dari tempat sambutan ini. Jika mahu datang kesini memerlukan kendaraan dan
tidak boleh di tempuh dengan berjalan kaki, lain lah kalau kawasan rumah
berhampiran seperti gombak dan wira damai boleh lah berjalan kaki tapi
kalau jauh seperti damansara mcm mana lah...patah lutut di buatnya.
Masyarakan Kuduk-Kuduk dimalaysia membuat Sambutan Maulidul Rasul sangat lah beza kalau nak dibandingkan dengan di
bawean? " Di malaysia sambutannya tidak terasa sekali, semua orang hanya biasa saja
berkumpul dan ada kalanya cuma mendengar ceramah-ceramah, bacaan Al-Quran atau
cerita-cerita sejarah Rasulullah SAW yang dilontarkan oleh ustaz-ustaz sahaja
dan tidak lah semeriah di Bawean. Sedangkan di Bawean, seluruh masyarakatnya datang beramai-ramai datang masjid-masjid dan surau untuk menghadiri sambutan
Maulidul Rasul.
Masyarakat bawean menyambut Maulidul Rasul dengan membawa juadah makanan
yang telah di isi kedalam baldi dan dihias cantik, ada yang
besar dan ada juga yang kecil terserah pada yang berkemampuan untuk di peragaka. Kadang-kadang masyarakat berlumba-lumba menghiasi makanan untuk
dipersembahkan pada Maulidul Rasul dengan menghiasi siapa punya yang paling
cantik diantar yang lainnya.
Mereka membuat sambutan seperti ini tidak ada unsur paksaan dari sesiapa
pun, ianya hanya untuk supaya sambutan ini lebih meriah sahaja.-Media Kuduk-Kuduk Channels
Alhamdulillah...seperti tahun2 sebelumnya kami akan mengadakan seperti biasanya.Insyaallah..
BalasPadam