KEINDAHAN SENI DARI BAWEAN DIBAWA KE MALAYSIA
Media: Kuduk-Kuduk Chennels
Ditulis Oleh: Hefny Amany
Tarikh: 02 November 2012
Dengan menggunakan alat ini yang di beri nama (Tungtung) yang menjadi semakin mantap, sedap didengar, dengan dendangkan dan selain dari kesenian kompang, bahkan Tungtung ini juga menjadi inspirasi sebagai penggerak untuk PENCAK SILAT. Ianya diperbuat dari kulit kambing kerana kulitnya lebih nipis berbanding dengan kulit lembu. Seni adalah salah satu daripada ciptan manusia yang mengandungi unsur-unsur keindahan. Seni yang mempuyai pelbagai wadah dan madah, tercipta seusia dengan sejarah kehidupan manusia, malah merupakan ciptaan manusia yang istimewa.
Ianya tercipta dan dicipta oleh orang-orang asal
kita
dahulu sampai lah sekarang masih di ikuti. Maka dengan banyak
penglibatan anak-anak muda kita, insyaallah akan bersambung
dari jenerasi
kejenerasi.
Seni
tradisi yang di warisi daripada generasi terdahlu menjadi fenomena budaya yang
hidup dan berkembang. Walau bagaimanapun, ada antara seni tradisi yang
mati beragan dan tidak dapat diselamatkan. Hal ini diburukkan pula dengan
kehadiran pelbagai bentuk seni teknologi moden yang canggih. Keadaan ini
menuntut agar suatu perubahan dilakukan terhadap seni tradisi tersebut supaya
sesuai dengan tuntutan zaman. Salah satu seni tradisional yang masih
bernafas dan tetap mekar sehigga kini ialah permainan kompang (hadra).kompang
(hadra) masih mampu bertahan sunggupun lebih banyak diungapkan dengan
majlis-majlis tertentu sahaja.
Dendangan nasyid yang
perisian menjadi tunjang dalam acara ini
untuk lebih meriah
dan segar dalam acara kompang.
Walau bagamanapun, hal ini wajar dibanggakan kerana dalam kerancakan
seni moden seperti seni muzik, seni lakon, dan sebagainya menguasai pendengar
dan penonton, kompang (hadrah) masih mendapat tempat dalm masyarakatyang kini
dilanda arus teknologi maklumat. Malah, Kompang (hadrah) turun menggunakan
lirik-lirik nyayian serta dialog-dialog pergerakan. Seperkara yang perlu
diberikan perhatian ialah, adakah kompang (hadrah) dan seni tradisi yang lain
hanya hidupsebagai penumpang yang begantung pada belas kasihan orang lain
semata-mata?
Bermain kompang (hadra) bukan hanya
sekadar hiburan
sahaja bahkan ia membawa kebaikan
dari segi
kemasyarakatan dan
persahabatan yang lebih integriti.
Jika hal ini benar maka wajar difikirkan cara
supaya seni tradisi ini terus mendapat tempat dalm masyarakat yang kini dilanda
arus teknologi maklumat.Kita tidak mahu Kompang (hadrah) turut menerima nasib
yang sama dengan gamus, mandiling dengan hanya diketehui kewujudan menerusi
kajian-kajian sastera sahaja.
Masyarakat kini berada dalam konsep langit terbuka yang memberikan ruang yang amat luas untuk mereka menikmati dan memperolehi pelbagai jenis seni, Khususnya yang boleh dikategorikan sebagai seni popular, seperti seni muzik moden yang pelbagai rentak dan yang asing itu. Hal ini menjadikan generasi baru tidak kenal akan seni tradisi mereka.
Ironinya mereka
dengan mudah dapat menceritakan dan menzahirkan hal-hal dan setiap aspek yang
berkaitan dengan seni popular.Rasanya, kita tidak sanggup melihat seni tradisi
yang kaya dengan sejarah pembinaan bangsa.- kkc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan