JANGAN LUPA DENGAN ASAL USUL MU
Selain dari paluan Kompang (Hadra), ianya juga disenikan
lagi dengan dendangan tarian supaya bertambah menarik.
Kompang (Hadra) ini juga selain dendangan tarian ia
juga menggunakan lagu-lagu unsur nasihat,
Cerita Dongeng dengan unsur-unsur keislaman.
Hadrah dari Bawean
Ditulis oleh: Hefny amany
Hari: Isnin
Waktu: 9.19 mlm
Tarikh: 10 Oktober 2011
Kesenian Kompang (Hadra) ini asal usulnya telah dibawa oleh orang-orang Boyan (BAWEAN) dahulu di mana mereka datang ke Malaysia untuk mencari nafkah. Selain mencari nafkah mereka datang kesini mereka tidak lupa juga dengan kesenian nenek moyang mereka di mana sampai sekarang tradisinya masih di ikuti. Kesenian Kompang (Hadra) ini bukan hanya untuk sekadar hiburan semata-mata, tetapi ianya juga digunakan pada majlis-majlis keramaian.
Majlis keramaian ia seperti majlis perkahwinan, Cukur jambul dan lain-lain lagi. Tradisi ini telah bertahun-tahun lamanya bertapak di malaysia dan orang bawean di Malaysia telah menganggap tradisi ini sebagai tradisi mereka dan tidak sama sekali akan dilupakan tradisi kompang (Hadra) ini walaupun zaman makin moderan.
Dimana orang-orang bawean sampai sekarang sentiasa mengaktifkan tradisi ini kepada anak-anak muda agar ianya tidak hilang dan dilupakan begitu saja. Maka sebagai contoh seperti Kompang (Hadra) di atas ini.Selamat menonton...
Saya sengaja sajikan kesenian Kompang (hadra) ini di Laman Blog ini supaya pembuka dan pembaca Laman Blog saya ini dapat sama-sama mengatahui kesenian atau hiburan orang-orang Boyan ( Bawean) dan jika ada kesalahan dari kata-kata saya pada tulisan @ dari segi Video saya mohon maaf sebesar-besarnya.
Dibawah ini adalah tulisan sopan (Bahasa Bawean).....
-Parahadirin kapphi semolje anak-anak kaule, senape hadra na bule eonjheng ka Sg.Buloh pade tarikh ento....sempena pangantenna na oreng sokela.Men bule aromasa lebur ongghu lakona bule bisa aghebei video ento...terima kasih karna atas kerja sama kanca-kanca sakapphina ye hihihihi....tq, hefny amany
Tiada ulasan:
Catat Ulasan